SIBU: Kebakaran yang berlaku di Rumah Panjang Bujang, Rantau Kiran, Kampung Mendamit, Limbang telah mengakibatkan 39 pintu keluarga hilang tempat tinggal, pada awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan pada 6.48 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Nanga Mendamit telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Ujarnya, sebaik sampai ke lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran telah musnah sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan rumah panjang dan api dipercayai berpunca dari rumah unit ke-36.
"Sebaik sampai di lokasi, pasukan bomba memaklumkan kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah panjang dua tingkat yang mempunyai jumlah 39 pintu.
"Api dipercayai bermula dari rumah unit ke-36.", katanya.
Jurucakap itu berkata, pasukan bomba telah bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan air dari jentera disebabkan ketiadaan pili bomba di lokasi.
Bagaimanapun, kebakaran itu tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya telah melarikan diri.
Missel Ernie Bick
Wed Jan 25 2023
Kebakaran yang berlaku di Rumah Panjang Bujang, Rantau Kiran, Kampung Mendamit, Limbang telah mengakibatkan 39 pintu keluarga hilang tempat tinggal, pada awal pagi tadi.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Rumah Panjang Bujang musnah 80 peratus dalam kebakaran
Malang tidak berbau, 39 keluarga hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.