KUALA NERUS: Rumah Pangsa Mampu Milik Pulau Redang dekat sini, siap selepas lebih 10 tahun pembinaan dan sudah diagihkan kepada pemiliknya hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan rumah mampu milik berkenaan yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu pada April 2012 itu siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta.
Menurutnya, pembinaan projek rumah berkenaan mengambil masa yang sangat lama disebabkan pelbagai faktor termasuk kewangan, kontraktor, serta tergendala susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
"Perumahan ini mempunyai empat blok rumah setinggi lima tingkat dengan setiap unit seluas 750 kaki persegi pada awalnya, ikut spesifikasi lama, tapi kerajaan negeri tambah baik jadi 800 kaki persegi.
"Kita harap rumah ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk yang selama ini terpaksa bersesak sehingga tiga atau empat keluarga di dalam satu rumah," katanya selepas ditemui pemberita pada majlis penyerahan kunci projek rumah berkenaan dekat sini, hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri, projek berkenaan menjadi satu daripada keutamaan kerajaan negeri apabila mula mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018.
Katanya, disebabkan faktor tanah yang terhad, tidak seperti di tanah besar, konsep rumah pangsa dipilih kerana lebih ekonomi dan sesuai dibina di pulau berkenaan.
Sementara itu, seorang penerima rumah, Shaviri Shafee, 38, melahirkan rasa syukur kerana hasrat untuk mempunyai rumah sendiri akhirnya termakbul setelah dia, isteri dan tiga anaknya menumpang di rumah keluarga yang turut dihuni ibu serta tiga adik-beradik lain yang sudah berumah tangga.
"Walaupun tidak selesa, sebagai pekerja di sebuah resort di Pulau Redang terpaksa bertahan kerana tidak mempunyai pilihan lain. Bayangkan 12 orang di dalam satu rumah yang cuma ada tiga bilik.
"Saya juga kasihankan isteri kerana sepanjang masa terpaksa bertudung demi menjaga auratnya," katanya ketika ditemui pada majlis sama yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Alias Razak.
Seorang lagi penerima, Alhamad Arif Ahmad Zuki, 27, berkata dia dan isteri, Nor Amira Maulad, 27, mempunyai pelbagai perancangan untuk menghias rumah baharu mereka yang akan didiami bersama dua cahaya mata.
"Sebelum ini kami tinggal serumah dengan ibu bapa, seorang adik dan ibu saudara bersama tiga anaknya yang sudah besar. Memang tidak selesa dan selalu juga timbul banyak masalah kerana ramai orang ramailah ragamnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Pembinaan rumah mampu milik berkenaan yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu pada April 2012 itu siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta. - Bernama
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Insinerator dijangka atasi masalah sampah di Pulau Redang - MB
Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan teknologi insinerator bagi mengatasi masalah longgokan sampah di Pulau Redang.

Penduduk terawal di Pulau Redang dapat MyKad baharu
Seorang warga emas menerima kad pengenalan (MyKad) baharu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos
Setakat ini acara itu telah menerima lebih 400 penyertaan daripada pelbagai negara dan angka penyertaan dijangka terus meningkat.

Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.

Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.

Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.

Alumni UPSI pecah rekod Malaysia, bina struktur terumbu glob terbesar dasar laut
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.

Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan
Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.

Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Tiga nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kelmarin, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, hari ini.

Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'
Difahamkan, setakat ini tiga daripada lima mangsa telah ditemui.