BAGAN DATUK: Dua buah rumah kediaman dan sebuah rumah burung musnah dalam kebakaran di Bagan Sungai Tiang, Hutan Melintang, dekat sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 9.10 malam.

Menurutnya, kebakaran melibatkan dua buah rumah kelas B di mana rumah pertama berkeluasan 30 X 70 musnah 95 peratus manakala rumah kedua berkeluasan 22 X 70 musnah 90 peratus.

“Turut terbakar rumah burung dua tingkat kelas C berkeluasan 20 X 30 yang musnah 50 peratus,” dalam dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Anggota menggunakan empat aliran hos 500 kaki, enam pancutan dari sumber air pili bomba,” ujarnya.

Menurutnya, kerja-kerja pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dan dibantu anggota dari BBP Teluk Intan serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Datuk, PBS Sungai Tiang dan PBS Teluk Intan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shaharudin Saari tamat jam 12.28 pagi.