Rumah calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 musnah dalam kebakaran di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata rumah Abdul Rahman Kongkawang, yang juga penyandang kerusi DUN Labuk, di Kampung Muanad 3 di sini musnah dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang.
"Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.35 petang tadi dan sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian, yang terletak kira-kira 8 kilometer dari balai.
"Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal iaitu berstruktur kayu. Api berjaya dikawal daripada merebak sejam kemudian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Rastam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
![Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah dalam kebakaran Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/41600525673_PILIHANRAYANEGERI.jpg)
Rumah calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Labuk Abdul Rahman Kongkawang musnah terbakar di Kampung Muanad 3 hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah dalam kebakaran Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600525673_PILIHANRAYANEGERI.jpg)
Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah dalam kebakaran
Rumah calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 musnah dalam kebakaran di sini petang tadi.