REMBAU: Dugaan hari kelima Aidilfitri buat sebuah keluarga di Kampung Tanjung dekat sini apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 7.28 malam itu menyebabkan bekas imam, Abd Rahaman Che Teh, 73, serta 13 ahli keluarganya termasuk anak, menantu serta cucu tinggal sehelai sepinggang.
Menurut anak Abd Rahaman iaitu Abd Rahim, 48, ketika kejadian, ahli keluarganya sedang menemani bapanya berbuka puasa.
"Saya pula dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja dan sebaik sampai saya tengok api sedang marak.
"Mujurlah ayah dan ahli keluarga saya sempat keluar dan hanya sempat menyelamatkan kereta serta dokumen penting sahaja kerana api merebak dengan cepat. Jadi sekarang kami semua tinggal sehelai sepinggang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.
Menurutnya, kebakaran rumah pusaka peninggalan arwah ibunya itu disedari apabila ahli keluarganya terhidu bau asap sebelum melihat api marak di bahagian stor belakang rumah.
Tambahnya, dia reda dengan kejadian berlaku dan apa yang paling penting kesemua ahli keluarganya selamat.
"Sebenarnya kami semua bercadang untuk bergerak ke Terengganu malam tadi untuk beraya di kampung ayah.
"Tapi dah jadi macam ini, rancangan itu terpaksa dibatalkan. Buat masa ini kami sekeluarga menumpang di rumah keluarga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tawarkan kami untuk tinggal di situ buat sementara," katanya.
Sementara itu, pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Bomba Kanan 1, Moktar Mohamad berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.
"Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik stor dan dianggarkan kediaman ini musnah terbakar sebanyak 90 peratus.
"Seramai 20 pegawai serta anggota dari tiga balai bomba termasuk dari Rembau dan Tampin dikejarkan ke lokasi kejadian. Namun punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Sementara itu difahamkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin akan menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada mangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 27 2023
Menurut Abd Rahim, 48, ketika kejadian, ahli keluarganya sedang menemani bapanya berbuka puasa. - Gambar/ Sinar Harian
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.