Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, sepanjang tempoh sama, pihaknya juga telah menahan 15,000 individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah berkenaan.
"Daripada jumlah jenayah komersial yang dicatatkan, sebanyak 65 peratus membabitkan penipuan scam termasuk kes pinjaman tidak wujud, 'Macau Scam', 'Love Scam' dan 'African Scam' yang menggunakan internet sebagai medium untuk mencari mangsa.
"Penjenayah yang melakukan jenayah komersial ini sebenarnya tidak memerlukan tenaga atau masa yang banyak kerana hanya perlukan internet dan telefon bimbit. Mereka ini cuba nasib, dalam 10 orang yang mereka tipu mesti akan ada seorang yang terpedaya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Siri 1/2020 kepada 396 penerima di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah.
Sementara itu, Mohd Zakaria meminta masyarakat supaya lebih peka dan melakukan semakan dengan pihak berkuasa atau agensi yang terlibat sekiranya menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meragukan bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian.
"Kita (JSJK) telah banyak buat kempen kesedaran berkaitan penipuan scam ini tetapi masih ramai lagi yang tertipu. Kepercayaan kepada penjenayah scam ini semakin meningkat sebab itu ada dari kalangan terpelajar dan profesional yang turut terpedaya.
"Jadi, kita minta masyarakat untuk tidak memberikan nombor akaun peribadi dan menyemak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi ke dalam akaun yang diberikan. Proses transaksi sekarang pula sangat mudah kerana semuanya dalam talian sahaja," katanya.
Katanya, masyarakat boleh bertanya atau menyalurkan aduan berkaitan penipuan scam atau jenayah komersial menerusi laman sosial media PDRM serta menghubungi atau datang terus ke balai polis yang berdekatan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas.
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Banyak gencatan senjata yang dilanggar dalam konflik ini menunjukkan kemungkinan berlaku pelanggaran.
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
AWANI Ringkas: Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 17 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 Januari 2025
1️⃣ Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
2️⃣ Bahan lucah kanak-kanak
3️⃣ Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
#awaniringkas
1️⃣ Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
2️⃣ Bahan lucah kanak-kanak
3️⃣ Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
#awaniringkas
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar.
Dialog Poket Rakyat : Mencari Golongan Miskin Dan Kelas Pertengahan
Apakah strategi dan pendekatan baharu memperkasa kelas pertengahan yang masih tertedah kepada risiko ekonomi? Bagaimana perancangan pengagihan sumber dapat dilakukan yang lebih berkesan? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Rakyat Palestin sedia dihantar pulang
Kerajaan Gaza pada Khamis menyatakan ia sedang bersiap sedia untuk mengumumkan rancangan bagi mempermudah kepulangan penduduk yang dipindahkan dari bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza ke kediaman mereka di bandar raya Gaza dan kawasan utara wilayah itu.
Waktu bekerja berlainan masih di peringkat cadangan
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memberi tumpuan kepada isu sumber manusia, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta agihan petugas kesihatan yang tidak seimbang.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memberi tumpuan kepada isu sumber manusia, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta agihan petugas kesihatan yang tidak seimbang.
Ibu tunggal rugi hampir setengah juta akibat African Scam
Lelaki yang dikenali sebagai Li Wei itu dikatakan telah mempelawa mangsa melabur dalam satu projek minyak dan gas di Itali.
Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan
Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi 2019.
African Scam: 34 individu ditahan di Malaysia dan Singapura
Kesemua mereka ditahan di sekitar Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Singapura sejak Isnin sehingga Jumaat lepas dalam operasi dengan kerjasama polis Singapura.
Sindiket 'African Scam' catatkan kerugian sehingga RM33.6 juta tahun lalu
Sindiket African scam atau penipuan berbentuk bungkusan hadiah merupakan jenayah siber dan multimedia yang begitu popular dan menguntungkan sindiket penipuan pada tahun lalu.