Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat di taman perindustrian di sini mendakwa kerugian RM7,298 kerana tersilap membayar gaji kepada kakitangan yang telah berhenti.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki yang berusia 27 tahun itu mendakwa, wang berkenaan dikreditkan ke dalam akaun milik dua bekas pekerja bagi pembayaran gaji Ogos, sedangkan mereka telah meletak jawatan pada Julai lalu.
"Pengadu mendakwa telah menghubungi bekas pekerja itu untuk memulangkan semula wang tersebut namun dimaklumkan mereka enggan memberikan kerjasama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata, pengadu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang pekerja am mendakwa kerugian RM5,480 selepas membuat permohonan pinjaman wang dengan syarikat tidak wujud sejak 30 Ogos lalu.
Mangsa mendakwa berurusan dengan wakil syarikat tersebut menerusi nombor telefon pada iklan di laman sosial yang memaklumkan pinjaman sebanyak RM10,000 telah diluluskan.
"Bagaimanapun, mangsa diarahkan untuk membuat bayaran pemprosesan pinjaman terlebih dahulu yang dijelaskan menerusi transaksi atas talian sebanyak sembilan transaksi dalam tempoh dua hari bermula 7 September lalu," katanya.
Mohd Wazir berkata, mangsa akhirnya membuat laporan di IPD Kuantan semalam, kerana berang masih diganggu untuk membuat bayaran walaupun jumlah yang dibayar sudah melebihi separuh daripada nilai yang mahu dipinjam. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
![Rugi akibat tersilap bayar gaji pekerja sudah berhenti Rugi akibat tersilap bayar gaji pekerja sudah berhenti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568783056_GAJIPEKERJA.jpg)
Gara-gara tersilap bayar gaji kepada kakitangan yang sudah berhenti, seorang pengurus sumber manusia kerugian RM7,298. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720652048_TBPERHIMPUNANBULANA.jpg)
Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
![Warga emas rugi RM3.5 juta urusan jual beli tanah Warga emas rugi RM3.5 juta urusan jual beli tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716805300_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Warga emas rugi RM3.5 juta urusan jual beli tanah
Seorang lelaki warga emas mendakwa kerugian RM3.5 juta selepas tidak menerima wang bayaran hasil penjualan dua lot tanah miliknya kepada sebuah syarikat di Ampang, Selangor.
![Ahli fisioterapi rugi lebih RM234,000 angkara pelaburan tidak wujud Ahli fisioterapi rugi lebih RM234,000 angkara pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710320850_YahayaOthman.jpg)
Ahli fisioterapi rugi lebih RM234,000 angkara pelaburan tidak wujud
Seorang ahli fisioterapi kerugian lebih RM234,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.
![Liverpool umum alami kerugian 9 juta pound untuk musim 2022-23 Liverpool umum alami kerugian 9 juta pound untuk musim 2022-23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708905451_Liverpools.jpg)
Liverpool umum alami kerugian 9 juta pound untuk musim 2022-23
Liverpool mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak 9 juta pound musim lalu.
![Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708064555_TBRAMLIMOHAMEDYO.jpg)
Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus
Ramli berkata, nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
![Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707813078_madukelulut.jpg)
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
![Pengurus wanita rugi lebih RM500,000 ditipu scammer menyamar sebagai adik Pengurus wanita rugi lebih RM500,000 ditipu scammer menyamar sebagai adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700627104_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pengurus wanita rugi lebih RM500,000 ditipu scammer menyamar sebagai adik
Seorang pengurus wanita kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai adiknya.
![Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700627047_Scam.jpg)
Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja
Bahagian Jenayah Komersil Labuan menerima 15 laporan polis berhubung penipuan sedemikian sejak awal bulan ini.
![Wanita rugi lebih setengah juta ringgit akibat terperdaya pelaburan saham di Facebook Wanita rugi lebih setengah juta ringgit akibat terperdaya pelaburan saham di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641824636_FBScam.jpg)
Wanita rugi lebih setengah juta ringgit akibat terperdaya pelaburan saham di Facebook
Mangsa diarah memuat naik sebuah aplikasi dan memberi maklumat peribadi bagi tujuan pendaftaran.