KUALA LUMPUR: Selepas menarik diri daripada mendengar dua kes saman oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa pihak, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap UMNO.
Pada Mei tahun lepas, SRC International, yang merupakan anak syarikat 1MDB, di bawah pengurusan baharunya telah memfailkan saman itu bersama anak syarikatnya iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd, bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti politik itu.
Peguam Syafinaz Vani yang mewakili SRC International selaku plaintif berkata kes itu akan dipindahkan ke mahkamah lain dan didengar Hakim Datuk Azimah Omar.
"Pihak kami (plaintif) tidak membantah permohonan defendan (UMNO) untuk meminda pernyataan pembelaan dan kami akan memfailkan jawapan pindaan jika perlu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nuur Fatimahtul Zuhra Khairuddin yang turut disertai peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff mewakili UMNO.
Difahamkan Roz Mawar sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan dan Penguatkuasaan Sivil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu antara agensi yang terlibat dalam siasatan 1MDB.
Dalam tuntutan saman, plaintif mendakwa UMNO mengetahui bahawa wang RM16 juta itu adalah milik SRC International dan parti politik itu tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.
Pada 10 Mei 2021, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.
Menurut kementerian itu, writ saman difailkan pada 7 Mei 2021 iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Sebelum ini, Roz Mawar menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar AS$6.59 bilion.
Beliau kemudian menarik daripada mendengar kes saman difailkan 1MDB terhadap Deutsche Bank (Malaysia) Bhd; syarikat perbankan Coutts & Co Ltd dan J.P. Morgan (Switzerland) Ltd; dua syarikat yang diperbadankan di Arab Saudi iaitu Petrosaudi International Limited dan Petrosaudi Holdings (Cayman) Limited, serta dua individu masing-masing warga Arab Saudi, Tarek Obaid dan warga Britain Patrick Mahony.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
![Roz Mawar tarik diri dengar kes saman SRC terhadap UMNO Roz Mawar tarik diri dengar kes saman SRC terhadap UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653921086_TBMCAPahang.jpg)
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap UMNO. - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Roz Mawar tarik diri dengar kes saman SRC terhadap UMNO Roz Mawar tarik diri dengar kes saman SRC terhadap UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653921086_TBMCAPahang.jpg)
Roz Mawar tarik diri dengar kes saman SRC terhadap UMNO
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap UMNO.
![Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656680472_ArulKandaIrwanSe.jpg)
Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda
Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar dan Arul Kanda.