PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mendapatkan pelepasan sementara pasportnya untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarganya di Singapura.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk N Ravinthran yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah memutuskan, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh mendapatkan semula pasportnya bermula hari ini hingga 7 Julai depan.
Rosmah sebelum ini memfailkan notis usul itu pada 2 Jun menerusi Tetuan Akberdin & Co, bagi membolehkannya ke luar negara selama empat minggu bermula 6 Jun sehingga 7 Julai depan.
Dalam notis itu, Rosmah memohon untuk melawat anak perempuan sulung beliau yang kini menetap di Singapura.
Mahkamah sebelum ini membenarkan Rosmah untuk mendapatkan pelepasan sementara pasportnya pada 15 Okt 2021 untuk melawat Nooryana yang dijangka melahirkan anak kedua di Singapura dan pada 21 Mac lepas untuk melawat seorang daripada cucunya yang tidak sihat.
“Saya dengan rendah diri memohon mahkamah membenarkan pasport antarabangsa saya diambil sementara untuk membolehkan saya menggunakannya bagi melawat anak perempuan saya dan keluarganya di Singapura,” kata Rosmah dalam afidavit sokongannya.
BACA: Rosmah sekali lagi mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura
Pada 1 Sept 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Madiha Abdullah
Thu Jun 15 2023
![Rosmah dibenar dapatkan semula pasport, lawat anak di Singapura Rosmah dibenar dapatkan semula pasport, lawat anak di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686795510_RosmahMansor.jpg)
Rosmah sebelum ini memfailkan notis usul bagi membolehkannya ke luar negara selama empat minggu untuk melawat anak perempuan sulungnya yang kini menetap di Singapura. - Gambar fail BERNAMA
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
!['Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah 'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738575601_RosmahMansor.jpg)
'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.
![Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689922920_ArulKandaKandasamy.jpg)
Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.
![Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734692495_AnwarIbrahim.jpg)
Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.
![Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734592333_TBrosmah.jpg)
Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
![Kronologi kes Rosmah Mansor Kronologi kes Rosmah Mansor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734586531_RosmahMansor.jpg)
Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
![Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734586605_RosmahMansor.jpg)
Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.
![Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734579980_RosmahMansorMahka.jpg)
Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.
![Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732013789_RosmahMansor.jpg)
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
![Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732013789_RosmahMansor.jpg)
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
![Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731405900_DatinSeriRosmahMa.jpg)
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.