Pihak pendakwaan perlu mengemukakan salinan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan khusus dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Peguam utama Rosmah, Datuk Jagjit Singh berhujah, sekiranya tidak terdapat sebarang surat pelantikan, maka bekas hakim Mahkamah Persekutuan seharusnya secara terhormat perlu memilih untuk tidak melibatkan diri dalam prosiding kes itu.
"Satu-satunya objektif bagi mendapatkan surat pelantikan itu adalah untuk menentukan locus standi (hak dari segi undang-undang) TPR Kanan (Sri Ram) untuk hadir dan mengendalikan prosiding berkenaan.
"Sejak perbicaraan ini disambung, tidak ada dokumen atau surat pelantikan atau sebarang instrumen bertulis dimajukan oleh pihak pendakwaan bagi mengesahkan bahawa Sri Ram telah dilantik sebagai TPR Kanan khusus untuk kes ini.
"Dengan ketiadaan dokumen berkenaan, mahkamah perlu memutuskan bahawa Sri Ram tidak layak, dan bukan individu yang sebetulnya untuk menjadi TPR, apa lagi untuk mengendalikan kes ini," katanya.
Jagjit berhujah sedemikian dalam permohonan Rosmah bagi mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes rasuahnya, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Beliau seterusnya berhujah anak guamnya berhak mengesahkan keabsahan dan kesahan pelantikan peguam cara sebagai TPR Kanan untuk mendakwa dalam kesnya, memandangkan isteri bekas Perdana Menteri itu berhadapan dengan dakwaan yang serius.
Peguam itu juga berpandangan bahawa ada satu perintah Mahkamah Persekutuan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan perintah berkenaan (penampilan surat pelantikan) kepada bekas perdana menteri itu.
TPR Ahmad Akram Gharib dalam membantah permohonan itu berkata pemohon (Rosmah) tidak berhak untuk mendapatkan surat pelantikan, kerana undang-undang tidak memerlukan dokumen berkenaan ditampilkan dan peguam tidak mempunyai hak untuk melihatnya.
Beliau berkata sekiranya pelantikan itu dicabar, berdasarkan kepada undang-undang kes, ia memerlukan penampilan surat pelantikan itu hanya bagi mahkamah untuk melihatnya, tanpa tanggungjawab bersama untuk memberikan surat yang sama kepada peguam.
"Tambahan pula pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan tidak pernah diragui, permohonan itu dibuat di tengah perbicaraan selepas pemohon menerima sepenuhnya kehadiran dan kuasa Sri Ram sebagai TPR Kanan," katanya.
"Sri Ram juga sepanjang perbicaraan secara terbuka melaksanakan tugasnya sebagai TPR Kanan, fakta yang memang diketahui oleh Pendakwa Raya, yang tanggungjawabnya juga adalah bagi memastikan bahawa Sri Ram tidak berada di kedudukannya itu secara tidak sah," tambahnya.
Ahmad Akram seterusnya berkata, perintah Mahkamah Persekutuan yang dirujuk pemohon, tidak berkuasa untuk menyimpulkan bahawa mahkamah ini diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah berkenaan sebagaimana yang diminta oleh pemohon.
Beliau berkata perintah itu hanya memberi kesan kepada tugas pihak pendakwaan dalam kes 1MDB untuk mendedahkan surat pelantikan berkenaan kepada mahkamah dan peguam.
"Sekiranya tidak ada penghakiman dengan alasan lengkap, perintah itu tidak mengikat dan tidak mewajibkan mahkamah ini untuk mengeluarkan perintah yang sama sebagai mana yang dibuat Mahkamah Persekutuan," katanya.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mohamed Zaini menetapkan 17 Ogos untuk membuat keputusan.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin berhubung projek tenaga solar.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020

Rosmah Mansor hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.

Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.

10,000 buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada perpustakaan UM
Koleksi yang dinamakan sebagai "Koleksi Peribadi Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram" itu disumbangkan oleh Datin Seri Chandra Sri Ram kepada UM.

Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.

Tommy minta masa lantik peguam baharu susulan kematian Sri Ram
Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan Malaysia.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Sri Ram benar-benar faham tugas media, sentiasa sedia membantu
Mendiang banyak membantu wartawan semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan, dan juga semasa mengendalikan kes sebagai peguam.

Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal ketuai pasukan pendakwaan kes pinda laporan audit
Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib Razak.

Muhammad Shafee mohon maaf kepada Mahkamah Tinggi, Sri Ram
Permohonan maaf itu susulan amaran Sri Ram kepada Muhammad Shafee kerana menuduh pendakwaan sembunyi maklumat surat transaksi wang.