Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen kepada RM2.79 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 Oktober.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism (APM)’, harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.49 dan RM2.39 seliter.
"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.37 seliter dan diesel pada paras RM2.32 seliter,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.
“Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 28 September hingga 4 Oktober adalah berjumlah RM173.26 juta,” kata kenyataan itu.
Bernama
Fri Sep 27 2019
![RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81546076744_petrolpump.jpg)
Berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.49 dan RM2.39 seliter. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551432422_Minyak.jpg)
RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.
![Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551432422_Minyak.jpg)
Harga runcit RON95, RON97 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08, RM2.64 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 14 hingga 20 Disember.
![Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551432422_Minyak.jpg)
Harga RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM2.56 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Nov.
![Harga RON97 turun 9sen, RON95 dan diesel kekal Harga RON97 turun 9sen, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535422434_PetrolPump.jpg)
Harga RON97 turun 9sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen kepada RM2.59 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 1 Nov.
![RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81546076744_petrolpump.jpg)
RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen kepada RM2.79 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 Oktober.
![Harga minyak RON97 turun 11 sen Harga minyak RON97 turun 11 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551432422_Minyak.jpg)
Harga minyak RON97 turun 11 sen
Harga runcit RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.