PARIS: Sekumpulan pencuri bersenjata bertindak memecah masuk kedai mewah Chanel di Paris pada Rabu, menurut polis.

Kejadian rompakan dianggarkan bernilai berjuta-juta euro itu berjaya dirakam orang awam.

Empat pencuri, memakai topi keledar dan bertopeng hitam melarikan diri menggunakan dua buah motosikal selepas merompak Chanel, kedai jam tangan dan barang kemas mewah di rue de la Paix, sebuah lorong membeli-belah yang terkenal di Paris.

Sekurang-kurangnya, seorang perompak bersenjatakan AK-47.

Video itu dirakam orang awam yang lalu lalang dan disiarkan di media sosial.

Kedai itu ditutup buat sementara waktu, dan pejabat pendakwa raya telah membuka kertas siasatan.

-- BERNAMA