Mahkamah Sesyen di sini hari ini, memerintahkan seorang pemandu teksi membela diri atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang kerani sekolah memandu, enam bulan lepas.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap R. Rajahsegaran di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan bela diri mulai 28 Nov.
R.Rajahsegaran, 29, didakwa melakukan kesalahan bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas, merompak kereta Toyota Avanza yang merupakan harta dalam kawalan mangsa yang bernilai RM40,000 milik Norazihan Abdul Rani, 40, dengan bersenjatakan sebatang kayu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta, Blok A, Pangsapuri Aman, Puchong Prima, Puchong, pada 7.20 pagi, 18 April lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Seramai enam saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob.
Bernama
Wed Oct 24 2012
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."
Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.
Kerani wanita rugi RM585,700 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'
Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.
Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar
Disangka Dah Jadi Peguam, Fathia Latiff Jelaskan Pekerjaan Sebenarnya
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah
Tertuduh didakwa memiliki 80 gambar lucah, 163 video lucah dan 1 fail PDF lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam
Seorang kerani kerugian kira-kira RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank Isnin lepas.
Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.
Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook
Seorang kerani yang ditipu sindiket Parcel Scam kerugian RM40,000 akibat percaya dengan janji manis kenalan di Facebook Sabtu lalu.