GEORGE TOWN: Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM326,100 selepas wanita itu menjadi mangsa sindiket penipuan melibatkan "phone scam" yang mendakwa mangsa terlibat kes kecurian elektrik dalam kejadian baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata mangsa berusia 51 tahun itu membuat laporan polis berhubung kes penipuan itu pada Isnin lepas selepas dia menyedari menjadi mangsa sindiket penipuan.
"Wanita itu memaklumkan dia telah menerima panggilan telefon daripada seorang suspek (suspek pertama) yang mengaku sebagai pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Julai lepas dan suspek kemudian memberitahu mangsa terlibat dalam kes kecurian elektrik.
"Seterusnya panggilan telefon tersebut telah disambung kepada seorang individu lain (suspek kedua) yang mendakwa dia daripada satu agensi pihak berkuasa dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya panggilan telefon mangsa disambungkan seterusnya kepada suspek ketiga yang telah meminta mangsa memindahkan wang ke beberapa akaun bank tempatan bagi tujuan siasatan untuk mengelak daripada ditahan pihak polis.
Saravanan berkata mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.
Katanya suspek ini kemudian memberitahu mangsa bahawa wangnya akan dikembalikan semula selepas mangsa hadir ke Mahkamah George Town pada 30 Ogos lepas.
"Mangsa merasakan telah ditipu apabila suspek sering meminda tarikh untuk dia hadir ke mahkamah dan mangsa juga turut diminta untuk membuat pindahan wang dari akaun bank luar negara sekiranya ada," katanya. kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata wanita itu kemudiannya membuat laporan polis dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan termasuk mengesan pemilik-pemilik akaun digunakan sindiket itu.
Sementara itu, katanya sebanyak 905 kes penipuan membabitkan "phone scam" dilaporkan di Daerah Timur Laut sepanjang Januari hingga semalam dan daerah itu menerima laporan kes penipuan melalui telefon paling banyak di seluruh negara.
"Jumlah kerugian yang dialami mangsa mencecah jutaan ringgit, oleh itu polis menyeru supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau mana-mana agensi kerajaan dengan tujuan menakut-nakutkan mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas. -Gambar hiasan

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.

Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.

Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.

Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.

Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.

Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.

Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.