Rokok elektronik, yang menjadi kegilaan ramai, didapati mengandungi bahan pengawet yang boleh membawa kepada kanser, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.
Beliau berkata antara bahan pengawet itu ialah nikotin dan propylene glycol, dan apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet.
"Ramai pengguna menghisap lebih daripada lima volt untuk mendapatkan asap yang banyak.
"Bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Isu itu dibangkitkan beberapa anggota Parlimen termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang menyatakan kebimbangan penggunaan rokok elektronik yang boleh menjurus kepada peningkatan penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, Dr Hilmi berpendapat cadangan penubuhan Farmasi Rakyat 1Malaysia, yang dicadangkan Irmohizam dilihat praktikal berdasarkan kesesakan dialami kebanyakan farmasi di hospital kerajaan.
Beliau berkata ia memudahkan pesakit mendapatkan bekalan perubatan tanpa perlu ke hospital, terutama bagi kawasan pedalaman.
"Cadangan pembinaan farmasi itu adalah satu idea yang bagus," katanya.
Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 antara lain bertujuan menubuhkan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia bagi mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini.
Akta itu adalah terpakai bagi mengawal selia Profesion Kesihatan Bersekutu yang menyenaraikan 23 profesion antaranya ahli Audiologi, ahli Fisioterapi, ahli Pemakanan, ahli Terapi, Jururadiografi Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Sains Forensik dan Pegawai Sosial Perubatan.
Rang undang-undang itu kemudian diluluskan.
Bernama
Tue Oct 20 2015
![Rokok elektronik boleh jadi penyebab kanser - Dr Hilmi Rokok elektronik boleh jadi penyebab kanser - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443299597_Ecigarettes.jpg)
Bahan pengawet di dalam rokok elektronik didakwa boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser. -Gambar hiasan
![KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709888114_AzmanIsmail.jpg)
KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan merampas 731 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini semalam.
![Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717848461_TBSAYUR.jpg)
Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.
![Pelanggaran undang-undang: MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022 Pelanggaran undang-undang: MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Pelanggaran undang-undang: MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang dari 1 Jan 2022 hingga 1 Ogos lepas.
Memajukan Malaysia: MAHB usaha kolektif demi daya saing negara
Malaysia memerlukan sekitar RM10 bilion pelaburan baharu untuk tempoh 5 tahun dalam meningkatkan kesalinghubungan negara. Usaha kolektif perlu dipergiat dengan segera.
Memajukan Malaysia: Garap perubahan sekarang, jika tidak kita akan menyesal
Realiti semasa menunjukkan kesalinghubungan antarabangsa antara Malaysia berbanding negara serantau semakin merosot. Justeru, rangkaian lapangan terbang yang berdaya saing mampu menyokong pelancongan, perdagangan dan pelaburan di negara ini.
Memajukan Malaysia: ‘Whole-of-nation approach’ teras utama ‘Advancing Malaysia’
Pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach perlu menjadi asas penting seiring usaha membawa kemajuan dalam pelbagai aspek di negara ini. Pendekatan itu merupakan sebahagian daripada strategi ‘A
Memajukan Malaysia: Peralihan tenaga perlu bergerak pantas
Peralihan tenaga perlu bergerak pantas seiring keperluan global. Justeru, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam persaingan meningkatkan daya saing ini.
Memajukan Malaysia: Inovasi jadi kunci tingkat daya saing
Inovasi menjadi kunci kepada usaha meningkatkan daya saing yang sedang digerakkan oleh Khazanah Nasional Bhd. Ia akan memastikan Malaysia mampu mencipta nilai yang lebih baik pada masa hadapan.
AWANI Tonight: 8 Aug 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Dhabitah Sabri through to Olympic diving finals
2. Animal cruelty: Providing better protection for strays
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Dhabitah Sabri through to Olympic diving finals
2. Animal cruelty: Providing better protection for strays
#AWANIEnglish #AWANINews
![Negara-negara anggota OIC sepakat pendirian Malaysia kecam kekejaman zionis di Gaza Negara-negara anggota OIC sepakat pendirian Malaysia kecam kekejaman zionis di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721816864_MohamadHasanMesy.jpg)
Negara-negara anggota OIC sepakat pendirian Malaysia kecam kekejaman zionis di Gaza
Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepakat pendirian Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Rakyat Palestin.
![Rokok elektronik boleh jadi penyebab kanser - Dr Hilmi Rokok elektronik boleh jadi penyebab kanser - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443299597_Ecigarettes.jpg)
Rokok elektronik boleh jadi penyebab kanser - Dr Hilmi
Rokok elektronik, yang menjadi kegilaan ramai, didapati mengandungi bahan pengawet yang boleh membawa kepada kanser, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.