KOTA BHARU: Polis menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 54 tahun dalam beberapa siri serbuan di Tumpat dan Pasir Mas pada 8 dan 9 Oktober lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan itu membawa kepada rampasan cecair rokok elektronik (vape) bernilai lebih RM1.3 juta manakala rokok seludup membabitkan nilai keseluruhan hampir RM2 juta.
"Menerusi beberapa serbuan di Pasir Mas, Tumpat bermula 8 hingga 9 Oktober lepas yang dilaksanakan oleh pegawai anggota Strike Force dari Kompeni A Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dan Kompeni D Batalion 8 PGA Kelantan menemui 10, 521 botol cecair vape pelbagai jenama dan 2,622 botol pelbagai jenama," katanya.
Muhamad Zaki berkata, kesemua rampasan bernilai RM 1,304,260, sementara kes disiasat di bawah seksyen 13 (3) Akta Racun 1952.
Dalam dua serbuan di Pasir Mas pada 8 dan 9 Oktober lepas pula, polis merampas lebih 1 juta batang rokok putih seludup melibatkan nilai hampir RM2 juta ringgit.
Menurut Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, pada 9 Oktober lepas, anggota Ccawangan Risik Batalion 7 PGA telah berjaya merampas 640 kampit beras di Kampung Bechah Tok Kar, Tanah Merah
Beras yang disyaki diseludup dari negara Thailand melalui jalan yang tidak diwartakan itu bernilai RM128,000.
Muhamad Zaki berkata kesemua rampasan bernilai RM548,000 berserta treler yang membawa beras berkenaan.
Kes disiasat mengikut Sekyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.
Wanna Abd Rahim
Mon Oct 10 2022
Serbuan membawa kepada rampasan cecair rokok elektronik (vape) bernilai lebih RM1.3 juta manakala rokok seludup membabitkan nilai keseluruhan hampir RM2 juta. - Foto ihsan polis
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Polis Sarawak rampas rokok, minuman keras bernilai hampir RM100 juta
Dalam operasi yang menyasarkan aktiviti penyeludupan itu, lapan lelaki berusia 22 hingga 67 tahun telah ditahan di tiga premis.
Rokok bernilai hampir RM2 juta, cecair vape seludup RM1.3 juta dirampas
Polis menahan tujuh lelaki berusia 16 hingga 54 tahun dalam beberapa siri serbuan di Tumpat dan Pasir Mas 8 dan 9 Oktober lepas.
PPM Lahad Datu rampas 8,230 bungkus rokok bernilai RM416,700
Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya merampas 8,230 bungkus rokok bernilai RM416,700 dalam Ops Landai.
Kastam Sabah rampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta
Kastam Sabah berjaya merampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta, yang terbesar seumpamanya di Sabah sejak lima tahun lalu.