Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 202 tahun dengan 23 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis terhadap 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak tirinya yang berusia 15 tahun, sejak April 2016.
Bagaimanapun, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 38 tahun selepas Hakim Datuk Julie Lack Abdullah memerintahkan beberapa hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh dia ditangkap.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana merakam gambar anak tirinya ketika sedang memakai pakaian.
Dia turut dituduh 14 pertuduhan melakukan persetubuhan serta hubungan seks tanpa kerelaan anak tirinya itu dan dua pertuduhan mencabul kehormatan remaja berkenaan.
Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, 376B(1) Kanun Keseksaan, 377CA Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di rumah di Sitiawan, Manjung antara April 2016 hingga 29 September lalu.
Ketika dituduh pertama kali pada 11 Oktober lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 16 daripada 22 pertuduhan terhadapnya.
Bagaimanapun, ketika kes disebut semula pada Selasa lalu, tertuduh mengubah pengakuan kepada mengaku bersalah terhadap kesemua 22 pertuduhan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Naidatul Athirah Azman.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Oct 17 2019
Ketika dituduh pertama kali pada 11 Oktober lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 16 daripada 22 pertuduhan terhadapnya. - Astro AWANI
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Warga asing ditahan, cabul rakan sekerja di bilik stor sejuk beku
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencabul kehormatan rakan sekerjanya yang merupakan wanita warga tempatan di Ampang.
Peniaga ditahan cabul kehormatan 6 kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 57 tahun itu beri habuan antara RM50 hingga RM100 terhadap semua mangsa yang berumur 12 hingga 13 tahun untuk melampias nafsunya.
Menyesal gagal kawal nafsu, pemotong rumput didenda bercakap lucah dengan pekerja kedai
Seorang bapa tiga anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata lucah kepada pekerja kedai serbaneka, Ogos lalu.
Rakan sekerja didakwa cabul bekas penyampai berita terkenal
Seorang penolong pengurus sebuah hotel, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mencabul seorang bekas penyampai berita terkenal.
Lelaki ditahan dipercayai cabul nenek berusia 75 tahun, larikan kenderaan
Suspek yang berusia 32 tahun mencabul kehormatan mangsa yang ketika itu bersendirian di halaman rumahnya.
Lelaki ditahan cium tangan penyanyi wanita popular
Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul kehormatan seorang artis wanita popular di Dataran Nilai, malam Ahad.
Jurulatih gimnasium mengaku tidak bersalah tuduhan cabul gadis
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Seks oral, cabul kehormatan: Mahkamah rayuan kekal hukuman penjara, sebatan anggota TUDM
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Juhazei Ismail terhadap sabitan serta hukuman penjara.
Rogol, rakam gambar bogel anak tiri, nelayan dijatuhi hukuman penjara 202 tahun
Suspek dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.
Rakam aksi cabul gadis bawah umur, pemilik laman web lucah berbayar dicekup polis
Portal berita Bangkok Post melaporkan, sewaktu mencabul budak perempuan itu, suspek telah merakam aksi tersebut secara tersembunyi.