Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, di sini, pada November lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuching, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 12, 20 dan 21 November 2016.
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.
Siasatan lanjut mendapati mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan sekiranya enggan menuruti kehendak suspek.
Mahkamah dalam pada itu memerintahkan mangsa dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sesi kaunseling kerana mangsa didapati mengalami trauma teruk akibat kejadian tersebut.
Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan.
Astro Awani
Thu Dec 15 2016
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, Kuching pada November lalu.
AWANI Ringkas: Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 19 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Oktober 2024
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
1️⃣ Kebajikan kanak-kanak tidak akan terabai
2️⃣ Kestabilan, tadbir urus baik pacu ekonomi
3️⃣ Langkah tangani isu manipulasi perniagaan, barang kawalan
#awaniringkas
PM Anwar tiba di Jakarta untuk majlis pelantikan Presiden
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada 6 petang waktu tempatan.
Perkhidmatan internet terputus sepenuhnya di utara Semenanjung Gaza
Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya.
Asap tebal selubungi New Delhi
Asap tebal dilaporkan menyelubungi ruangan udara bandar New Delhi yang mana kualiti udara menjunam ke tahap berbahaya pada Sabtu.
SPR lancar siasatan salah laku parti pemerintah, Phue Thai
Memetik laporan Bangkok Post, sehubungan itu, suruhanjaya itu telah memutuskan untuk melancarkan siasatan rasmi terhadap tuduhan salah laku berkenaan.
Operasi SAR diteruskan, kadar penglihatan rendah
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Pengusaha sambut baik keputusan gaji minimum
Rata-rata peniaga menyambut baik pengumuman keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.
[TERKINI] Mangsa mungkin dihanyutkan ke muara Sungai Sarawak
Lima mangsa yang hilang dalam tragedi perahu lumba karam di Sungai Sarawak mungkin dihanyutkan arus hingga ke muara sungai.
AWANI Borneo [19/10/2024] – Pendapatan negeri | Lan Berambeh | Detik sukar buat keluarga
Tumpuan AWANI Borneo 19 Oktober 2024 bersama Assim Hassan
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
- Sabah tawar peluang pelaburan dalam ekonomi biru
- Sarawak mahu jadi pembekal elektrik utama ASEAN
- Tragedi Regatta, salah seorang mangsa baru sahaja bertunang Sabtu lalu
#AWANInews
Lelaki rogol anak tiri ditambah hukuman penjara dan sebat
Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak tirinya hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan.
Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.