Pengasas IGB Corp Bhd, Datuk Seri Robert Tan Chung Meng bukan antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam, menurut bekas Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai, yang merupakan sahabat Tan.
"Saya ingin menegaskan bahawa itu (yang terkorban) bukan beliau (Robert Tan), (kerana) saya baru bercakap dengan beliau melalui telefon semalam. Beliau kini berada di Australia," katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
Nama Tan disebut pada mulanya kerana berlaku kekeliruan nama sama dilaporkan terbabit dalam nahas helikopter itu, iaitu seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang.
Huat Seang, seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam insiden helikopter terhempas itu, merupakan ketua pegawai eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd.
Sementara itu, IGB REIT Management dalam satu kenyataan berkata Tan tidak berada di dalam helikopter itu dan beliau masih hidup dan dalam keadaan sihat.
"Berhubung insiden helikopter malang itu dan nyawa yang terkorban, berlaku silap lapor bahawa Datuk Robert Tan daripada IGB merupakan seorang daripada penumpang dalam penerbangan itu.
"IGP Corp Bhd akan mengeluarkan segera satu kenyataan rasmi mengenainya," menurut kenyataan itu.
Selain ahli perniagaan Kedah itu, yang turut terbunuh dalam nahas semalam ialah anggota Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengawal Peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier dan pembantu operasi Aidana Baizieva.
Helikopter dengan enam penumpang termasuk juruterbang, terhempas di Semenyih dekat sini pada pukul 4.55pm semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan siasatan rapi diadakan terhadap insiden itu.
Bernama
Sun Apr 05 2015
![Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter - Donald Lim Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter - Donald Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428163980_295x200.jpg)
Nama Tan disebut pada mulanya kerana berlaku kekeliruan nama sama dilaporkan terbabit dalam nahas helikopter itu, iaitu seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter - Donald Lim Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter - Donald Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428163980_295x200.jpg)
Robert Tan IGB Corp bukan mangsa nahas helikopter - Donald Lim
Nama Tan disebut pada mulanya kerana berlaku kekeliruan nama sama dilaporkan terbabit dalam nahas helikopter itu, iaitu seorang ahli perniagaan Kedah, Datuk Robert Tan Huat Seang.