Esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), 2016-2020 yang sarat dengan teras strategik dan pemacu perubahan yang akan merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju dan inklusif.
RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
Wawasan yang dilancarkan pada tahun 1991 itu menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020.
Susulan daripada pencapaian pembangunan cemerlang dalam tempoh separuh dekad lalu, RMK11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
RMK11 berteraskan prinsip Bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.
Penyediaan RMK11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi, boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada Kerajaan.
Ekonomi berasaskan modal merujuk kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK), perniagaan besar, projek pelaburan besar dan pasaran kewangan, manakala ekonomi berteraskan rakyat lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat, termasuk peluang pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga dan penyertaan masyarakat.
Sehubungan ini, RMK11 merupakan satu pelan strategik yang melakar perjalanan pembangunan masa hadapan malaysia yang selaras dengan impian rakyat dan dapat menikmati hasil pembangunan yang sepatutnya.
Pelan yang bertemakan “pertumbuhan berpaksikan rakyat” ini merupakan satu pelan strategik yang menggariskan komitmen Kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Astro Awani
Wed May 20 2015
Pelan yang bertemakan 'pertumbuhan berpaksikan rakyat' ini merupakan satu pelan strategik yang menggariskan komitmen Kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Kerajaan serius dalam usaha tingkatkan dana untuk industri kreatif
Kerajaan serius dalam usaha tingkatkan dana untuk industri kreatif agar pendanaan dapat digunakan sepenuhnya, jelas Saifuddin Abdullah.
Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.
'Sekolahkan' menteri, timbalan menteri yang tidak hadir di Parlimen
Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Kaa Siong hari ini terkejut dengan apabila tidak ada menteri atau timbalan menteri yang hadir untuk menjawab soalan lisan di Parlimen ini.
MB Perak sambut baik usul perkhidmatan dihadkan 2 penggal
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyambut baik usul Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung menghadkan perkhidmatan Menteri Besar kepada hanya dua penggal.
Belanjawan 2019 berteraskan AS$70 minyak mentah global
Belanjawan 2019 dirangka berasaskan kepada harga minyak mentah bernilai AS$70 setong, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
RMK11: Fokus naik taraf pembangunan untuk rakyat Sabah
Menaik taraf pembangunan serta membangunkan beberapa kemudahan asas untuk rakyat Sabah merupakan antara inti pati utama yang perlu diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan RMK11 esok.
RMK11: Rakyat Perlis akan lebih selesa jika ... - Shahidan
Peluang pekerjaan, pendapatan isi rumah dan harga barangan perlu menjadi faktor utama dalam sesi pembentangan yang dijadualkan pada Khamis, menurut Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.
RMK-11 perlu 'overhaul' ekonomi Malaysia menuju 2020
Rakyat ingin mengetahui di manakah kita berada pada ketika ini dan adakah sasaran yang ingin dicapai masih lagi relevan dalam keadaan ekonomi semasa.
PH perkenal dasar baharu dalam Kajian Separuh Penggal RMK-11 - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata strategi-strategi itu sedang diteliti secara terperinci oleh Unit Perancang Ekonomi.
Kerajaan Sarawak percepat usaha sediakan bekalan air bersih kepada 114,000 isi rumah
Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan usaha menyediakan bekalan air terawat atau air bersih kepada baki 39 peratus penduduk yang meliputi kira-kira 114,000 isi rumah di negeri ini yang belum menikmat