KINABATANGAN: Kerajaan telah memperuntukkan RM79.7 juta setakat ini untuk melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Community Drumming di Sabah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata program berkenaan telah dilaksanakan di 71 zon yang melibatkan 219 kawasan pengedaran serta 654 point of sale atau tempat jualan.
"... ini telah memberi impak positif kepada lebih 529,948 populasi di negeri ini, manakala di Sandakan program yang melibatkan 19 zon meliputi 51 kawasan ini bukan sahaja memanfaatkan 109,314 penduduk luar bandar, tetapi juga golongan peniaga kecil," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) untuk pengoperasian secara rasmi Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming bagi Zon Abai, Kinabatangan, dekat sini, semalam.
Armizan berkata kerajaan memperluas pelaksanaan program berkenaan dengan menambah dua lagi zon baharu di Sabah iaitu Zon Abai, Kinabatangan dan Zon Gana, Kota Marudu.
Beliau berkata pemilihan Kampung Abai sebagai zon baharu pelaksanaan program terbabit adalah untuk memastikan 350 penduduk di kawasan itu mempunyai akses kepada barang perlu, barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi dengan harga yang sama seperti di bandar Sandakan.
"Barangan terlibat antaranya beras, gula putih bertapis, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol RON95 dan diesel ke kawasan pedalaman dan luar bandar yang tersenarai.
"Sebelum peluasan program ini, penduduk Kampung Abai memperoleh barang keperluan seperti minyak masak peket dan gula putih bertapis pada harga RM3.50 sekilogram berbanding harga kawalan RM2.50 dan RM2.85 sekilogram. Bagi LPG, penduduk membeli dengan kadar RM45 per tong, berbanding harga kawalan RM26.60 pertong," katanya.
Armizan berkata program Penyeragaman Harga bagi Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming yang dilaksanakan oleh kementeriannya adalah manifestasi keprihatian Kerajaan MADANI untuk mengimbangi keperluan rakyat di samping meningkatkan lagi keberkesanan pemberian perkhidmatan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup.
Beliau berkata bagi tahun ini, kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM225 juta untuk pelaksanaan program terbabit yang melibatkan enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.
"Ini melibatkan pemberian subsidi kerajaan melalui pelantikan syarikat transporter yang memberikan perkhidmatan mengangkut barang-barang perlu dan barang kawalan yang terpilih daripada pusat atau sumber bekalan kepada pusat penjualan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
![RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming di Sabah RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710413896_ArmizanMohdAli.jpg)
Armizan berkata kerajaan memperluas pelaksanaan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming dengan menambah dua lagi zon baharu di Sabah iaitu Zon Abai dan Zon Gana. - Gambar fail/BERNAMA
![Kem Angkasa Kebangsaan 2024: Dedah pelajar kepada MSE 2030, sains dan teknologi Kem Angkasa Kebangsaan 2024: Dedah pelajar kepada MSE 2030, sains dan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722291092_ChangLihKang.jpg)
Kem Angkasa Kebangsaan 2024: Dedah pelajar kepada MSE 2030, sains dan teknologi
Program yang dijadual berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini menyasarkan penyertaan antara 800 dan 1,000 peserta.
![Biden gesa pembaharuan Mahkamah Agung, termasuk had penggal 18 tahun Biden gesa pembaharuan Mahkamah Agung, termasuk had penggal 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722288647_TheUSSupremeCou.jpg)
Biden gesa pembaharuan Mahkamah Agung, termasuk had penggal 18 tahun
Dengan menonjolkan rancangan itu, Biden menjadikan Mahkamah Agung sebagai isu utama dalam bulan-bulan terakhir perlumbaan 2024.
![Banjir: Puluhan ribu hilang tempat tinggal di selatan Myanmar Banjir: Puluhan ribu hilang tempat tinggal di selatan Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681725143_Myanmar.jpg)
Banjir: Puluhan ribu hilang tempat tinggal di selatan Myanmar
Paras air sungai di 13 bandar merentasi empat wilayah dan negeri di selatan Myanmar telah melepasi tanda amaran pada Isnin.
![Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722287712_MohdYusriHassanBa.jpg)
Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Mohd Yusri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.
![Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT
Hajiji berkata kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong usaha JPN untuk menjayakan hasrat sembilan fokus landskap pendidikan negeri.
![MBPP akan bina segera gerai penjaja Kompleks Huma House MBPP akan bina segera gerai penjaja Kompleks Huma House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722288744_TAPAKKOMPLEKSPANTA.jpg)
MBPP akan bina segera gerai penjaja Kompleks Huma House
MBPP juga akan menyediakan tapak sementara di kawasan berhampiran, bagi membolehkan peniaga yang terlibat mencari rezeki.
![SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722247074_tbHafiqMohdJafri.jpg)
SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.
![Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722290592_PENUTUPANJALANSEMP.jpg)
Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang sambutan Hari Pahlawan berlangsung.
![RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming di Sabah RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710413896_ArmizanMohdAli.jpg)
RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming di Sabah
Program berkenaan telah dilaksanakan di 71 zon yang melibatkan 219 kawasan pengedaran serta 654 point of sale atau tempat jualan.
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
![Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.