Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus, masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.
Bagi Kelantan dan Terengganu, Petronas menyalurkan bayaran kepada Kementerian Kewangan, yang seterusnya membuat bayaran kepada kedua-dua negeri tersebut.
Secara keseluruhan, RM24.54 billion dibayar kepada Sarawak, RM12.78 bilion kepada Sabah, RM22.04 bilion kepada Terengganu dan RM403.25 juta dibayar kepada Kelantan.
Katanya, Petronas juga telah membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM282 bilion dari 2010 hingga 2019.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini, menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu pecahan bayaran hasil setiap negeri sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Lim juga ingin tahu adakah peletakan jawatan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin ada kaitan dengan bayaran ini.
Mustapa menjelaskan Wan Zulkiflee mengambil keputusan untuk bersara setelah 37 tahun berkhidmat bersama Petronas.
Pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi Malaysia Airlines Bhd merupakan pengiktirafan kerajaan di atas pengalamannya yang luas dan mendalam serta kejayaannya mengemudi Petronas di dalam suasana yang sangat mencabar.
Tindakan ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi mengkaji semula pucuk kepimpinan syarikat-syarikat milik kerajaan, kata Mustapa.
"Suka saya maklumkan bahawa peletakan jawatan presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas baru-baru ini tiada kaitan dengan bayaran-bayaran berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020

Mustapa berkata, Petronas juga telah membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM282 bilion dari 2010 hingga 2019. -Gambar fail
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.

Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa
Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.

Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa
Ia sekali gus menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.

RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, pandemik COVID-19 juga turut memberi kesan besar kepada landskap ekonomi global termasuk Malaysia.

Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.

Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.

Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019
Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019.

Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.