Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM4 juta mulai tahun ini bagi membendung, mengawal dan menghapus kumbang merah palma (RPW).
Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata kumbang tersebut yang mula dikesan sejak 2010, berupaya merosakkan pokok jenis palma seperti kurma, kelapa dan kelapa sawit.
"Kumbang berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menerusi pintu sempadan di Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan telah merosakkan 465 pokok kelapa dan 335 pokok kurma di seluruh negara.
"Jika kumbang itu tidak dikawal, kita bimbang ia akan mengancam jutaan hektar tanaman kelapa sawit di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kebun kurma di Kampung Wakaf di sini, hari ini.
Beliau berkata kumbang berkenaan mengorek masuk ke dalam pokok palma dan memusnah tisu di dalam pokok, menyebabkan batang pokok mudah patah dan musnah dalam masa singkat.
"Berikutan itu, kita telah menempatkan 2,465 perangkap feromon di Semenanjung, dan sehingga kini sejumlah 3,013 ekor kumbang berkenaan telah dapat ditangkap," katanya.
Katanya, jabatan itu akan memperketat Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma tidak sah di pintu-pintu masuk di seluruh negara.
"Tindakan pemantauan dan kawalan pada tanaman kelapa dan pokok palma hiasan telah dan sedang dijalankan Jabatan Pertanian di Semenanjung Malaysia," katanya.
Sementara itu, Pengurus Syarikat Madatul Ilmi Sdn Bhd Shamsuddin Mat Daud yang mengusahakan ladang kurma di kampung berkenaan berkata, pihaknya mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila kesemua tanaman kurma yang diusahakan sejak lima tahun lepas musnah sama sekali akibat serangan kumbang pemusnah itu.
Bernama
Sun Jan 31 2016
Kumbang berkenaan mengorek masuk ke dalam pokok palma dan memusnah tisu di dalam pokok, menyebabkan batang pokok mudah patah dan musnah dalam masa singkat. - Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Musang King bakal tembusi pasaran China
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar durian Musang King segar tempatan untuk menembusi pasaran China dalam tempoh terdekat.
RM4 juta untuk hapus ancaman kumbang merah palma
Kumbang tersebut yang mula dikesan sejak 2010, berupaya merosakkan pokok jenis palma seperti kurma, kelapa dan kelapa sawit.