KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memperuntukkan RM26.9 juta tahun ini bagi membangunkan sektor pelancongan di Sabah terutama bagi membangunkan produk pelancongan baharu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, produk pelancongan baharu Sabah itu akan diperkenal dalam tempoh terdekat dan kerajaan juga memperuntukkan RM3.4 juta bagi menyelenggara produk serta destinasi pelancongan sedia ada.
Beliau berkata melalui Rancangan Malaysia Ke-12 pula kementeriannya juga telah mencadangkan pelbagai pembangunan produk pelancongan baharu untuk Sabah ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) antaranya Kampung Budaya Sabah bernilai RM80 juta dan Galeri Seni Sabah bernilai RM3 juta.
"Sebenarnya banyak lagi yang telah kami bantu secara kecil-kecilan dan kami implementasi melalui agensi-agensi berbeza terutama agensi dari Sabah bagi membangunkan sektor pelancongan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi serta deligasi MOTAC mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.
Mengulas mengenai kunjungan itu, Nancy berkata beliau berharap MOTAC dan Kerajaan Negeri Sabah akan menjalinkan kerjasama erat terutama dalam usaha membangunkan sektor pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.
"Kerjasama ini penting bagi kami supaya kami sentiasa bersama merujuk antara satu sama lain dari segi tugasan berhubung pelancongan seni dan budaya," katanya.
Beliau berkata walaupun sektor pelancongan pada masa ini agak perlahan, ini adalah masa terbaik bagi pemain industri itu menaik taraf produk yang ingin mereka tawarkan supaya mereka akan lebih bersedia apabila pintu masuk negara dibuka untuk pelancong kelak.
"Kita mesti mempunyai infrastruktur pelancongan lengkap apabila pelancong datang, jadi ini masa terbaik bagi melakukan pengubahsuaian atau menambah baik produk pelancongan yang ditawarkan...Sabah punya banyak produk yang mampu menarik pelancong yang boleh kita ketengahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021
![RM26.9 juta bangunkan sektor pelancongan Sabah tahun ini - Nancy Shukri RM26.9 juta bangunkan sektor pelancongan Sabah tahun ini - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618523051_NancyShukri.jpg)
NANCY: Ada banyak bantuan secara kecil-kecilan telah diimplementasi melalui agensi-agensi berbeza terutama agensi dari Sabah bagi membangunkan sektor pelancongan di negeri ini.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739888001_carcosaserinegara.jpg)
Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.
![Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024 Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735278064_langkawi.jpg)
Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.
![Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
!['Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai 'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739673451_ASEANThailand.jpg)
'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.
![Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731897241_EkonomiMalaysia.jpg)
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024 Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739357074_DOSMStatistik.jpg)
Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024 Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730705662_bali.jpg)
Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738935944_MalaysiaSarongMusi.jpg)
Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.