TAIPING: Sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan susulan tanah runtuh di pusat peranginan Bukit Larut di sini sejak tahun 2020.
Ketika ini kawasan peranginan itu masih ditutup, namun aktiviti mendaki (hiking), berjalan kaki dan berjoging masih dibenarkan tetapi atas risiko pengunjung sendiri.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee berkata, kawasan pelancongan itu masih ditutup pada kenderaan termasuk untuk menginap.
“Masalah yang berlaku di Bukit Larut ialah setiap kali kerja-kerja pembaikan siap di satu kawasan, ada pula kawasan lain membabitkan lerengnya akan runtuh dan sebagainya. (Seperti) kejadian jalan runtuh di Bukit Larut pada Januari tahun lalu.
“Jadi, sebagai langkah menjaga keselamatan orang awam kerajaan Perak memutuskan lokasi ini ditutup sementara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pakej Rail Tourism di Laman Budaya Galeri Perbandaran Taiping.
Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir.
Bukit Larut ditutup kepada orang awam selepas ia mengalami beberapa siri kejadian cerun atau tanah runtuh sejak November 2019.
Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada Disember lepas, Sze Yee memaklumkan bahawa kerja pembaikan cerun di laluan itu masih giat dilaksanakan.
Bukit Larut hanya akan boleh dibuka semula selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja pembaikan serta penyelenggaraan jalan serta cerun bukit yang perlu diperbaiki. - Dagang News
Dagang News
Sat Jan 13 2024
Bukit Larut ditutup kepada orang awam selepas ia mengalami beberapa siri kejadian cerun atau tanah runtuh sejak November 2019. - Gambar/ Dagang News
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Tanah runtuh: Kawasan peranginan Bukit Larut ditutup sepenuhnya
Beberapa kakitangan pengurusan Bukit Larut terkandas ketika dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan susulan kejadian tanah runtuh ekoran kejadian hujan lebat pada Khamis.
Bukit Larut, Burmese Pool ditutup kepada pengunjung mulai Sabtu
Keputusan dibuat susulan arahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya semua tapak perkhemahan berisiko tinggi ditutup 7 hari.
Gadis pengsan ketika daki Bukit Larut
Nuridzdihar ditemui tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, kira-kira dua kilometer dari kaki bukit.
Tanah runtuh Bukit Larut: Empat pekerja stesen telekomunikasi berjaya dibawa turun - Bomba
Empat pekerja stesen telekomunikasi yang terperangkap akibat tanah runtuh di laluan tar kawasan Bukit Larut Taiping pagi tadi berjaya dibawa keluar pasukan mencari dan menyelamat.
Tanah runtuh: Pekerja stesen telekomunikasi Bukit Larut terperangkap
Mangsa mengalami kesukaran untuk untuk turun kerana tanah runtuh berlaku di kawasan itu.