SHAH ALAM: Sebanyak RM15 juta diperlukan untuk melaksanakan agenda pendigitalan pengajian di semua politeknik di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seluruh negara pada tahun depan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah membuat permohonan kepada KPT bagi mendapatkan peruntukan itu.
"Insya-Allah kita akan cuba usahakan permohonan RM15 juta itu," katanya kepada media selepas melancarkan penutupan Minggu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Digital 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Beliau berkata KPT kini dalam peringkat perancangan bagi melakukan transformasi pengajian di politeknik dan antara agenda yang diberi fokus ialah pendigitalan.
"Ia masih di peringkat perbincangan dan mungkin sebulan dua ini kita akan memuktamadkan usaha transformasi itu," katanya.
Mohamed Khaled berkata transformasi perlu dilakukan kerana kerajaan yakin pengajian di politeknik khasnya dalam bidang TVET penting untuk masa depan negara selain memastikan institusi itu kekal relevan dan mampu menarik minat pelajar.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang menarik sokongannya sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan.
Mohamed Khaled berkata ini kerana tidak semua perkara memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Kita percaya nak pinda Perlembagaan (Persekutuan yang memerlukan majoriti dua pertiga) mesti bermatlamatkan sesuatu yang baik untuk negara.
"Saya percaya kalau politik ini tidak toksik, kalau benda itu baik, saya ingat semua parti akan sokong, jadi dapatlah dua pertiga," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Mohamed Khaled (tengah) bergambar menggunakan kamera 360' semasa membuat lawatan ke tapak pameran ketika hadir pada Majlis Penutup Minggu TVET Digital POLYCC 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini. - Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

RM15 juta diperlukan untuk agenda pendigitalan di politeknik tahun depan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah membuat permohonan kepada KPT bagi mendapatkan peruntukan itu.