KOTA KINABALU: Sebanyak RM149.52 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur dan membantu rakyat yang terkesan akibat bencana menerusi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022 diluluskan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.
Menteri Kewangan Kedua Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu merupakan 21.72 peratus daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM688.34 juta.
"Hujan lebat diikuti bencana banjir semakin kerap berlaku di beberapa daerah di negeri ini telah menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan runtuhan cerun.
"Banjir juga menyebabkan runtuhan tebing sungai dan kehilangan serta kerosakan harta benda.
"Kerajaan prihatin dan memandang serius masalah yang berlaku ini dan memberikan tumpuan untuk membaik pulih serta membantu rakyat yang terkesan akibat bencana itu," katanya ketika membentangkan usul itu yang kemudian diluluskan dengan undian terbanyak.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri itu juga berkata sebanyak RM261.78 disalurkan kepada Kementerian Kewangan negeri sebagai tambahan kepada Kumpulan Wang berkanun antara lain bagi mengurangkan defisit pembangunan serta caruman kepada Kumpulan Wang Amanah.
Masidi berkata RM65.28 juta diperuntuk bagi keperluan bekalan air negeri; RM58.92 juta untuk pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kerajaan manakala selebihnya diagih bagi kegunaan kementerian serta jabatan negeri ini.
Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya pula meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran sebenar sebab soalan atau usul mereka ditolak.
Beliau berkata ini kerana ada ADUN yang menggunakan media sosial untuk memaklumkan orang ramai mengenai penolakan itu namun tidak menjelaskan sebab sebenar kenapa ia ditolak.
"Yang Berhormat tidak hebahkan mengapa soalan atau usul itu ditolak sedangkan sebab penolakan adalah kerana soalan atau usul gagal memenuhi proses Peraturan Tetap.
"Kalaupun hendak dihebahkan, hebahkan keseluruhan kebenaran bukan separuh benar atau tidak benar sama sekali," katanya.
Kadzim turut mengingatkan ADUN Sabah agar tidak membawa sebarang soalan atau usul demi kepentingan politik dan tidak menjadikan persidangan itu sebagai agenda politik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.
Persidangan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Masidi Manjun berkata jumlah itu merupakan 21.72 peratus daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM688.34 juta. -Gambar fail/BERNAMA

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.