KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM134.59 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dalam usaha memulihkan dan membangunkan sektor pelancongan di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan yang dimasukkan dalam belanjawan tahun hadapan itu merangkumi usaha menaik taraf kemudahan pelancongan dan pembangunan modal insan bagi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) selain penubuhan Biro Konvensyen Sabah (SCB) yang akan beroperasi tahun depan.
"SCB akan mempercepatkan pertumbuhan industri pelancongan melalui Acara Perniagaan berasaskan pelancongan dalam menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran/acara bagi menjana aktiviti ekonomi sekali gus memberi faedah kepada hospitaliti, logistik, penerbangan dan lain-lain sektor berkaitan," katanya dalam ucapan pembukaan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2022.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.
Menurut Hajiji, persidangan bertemakan Tourism Futures Reimagined diadakan tepat pada masa.
"Sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April 2022, Malaysia dan Sabah sentiasa berusaha untuk mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan terutamanya dalam memajukan sektor pelancongan.
"Saya gembira mengetahui bahawa penyertaan pada persidangan ini akan menyatukan ramai pihak dalam menangani masa depan pelancongan dan strategi memacu pemulihan serta daya tahan pelancongan selepas pandemik," katanya.
Menurut Hajiji, walaupun pelancongan Sabah adalah sektor paling teruk terjejas sejak dua tahun lepas, kerajaan negeri tidak pernah berputus asa dalam menguruskan cabaran itu.
"Kerajaan negeri mengeluarkan bajet terbaik untuk mengurangkan impak dan memastikan pembangunan sihat industri pelancongan kita memandangkan pelancongan menjana pendapatan terbesar pada pascapandemik," katanya.
WTC 2022 adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Pelancongan Dunia dan kerajaan Sabah bermula hari ini hingga 30 November.
Pada edisi keenam, persidangan tahun ini mengumpulkan 1,000 delegasi daripada lebih 60 negara untuk menyambung dan menilai semula pemulihan pelancongan selepas pandemik di seluruh dunia.
Persidangan turut menampilkan hampir 30 pakar terdiri daripada penggubal dasar, peneraju industri dan ahli akademik terkemuka dalam menghasilkan pemikiran tentang masa depan pelancongan selain merangka strategi memacu pemulihan serta daya tahan industri itu dalam era pascapandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Peruntukan itu merangkumi usaha menaik taraf kemudahan pelancongan dan pembangunan modal insan bagi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT). - Youtube / SCM Southern Corridor Malaysia
Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie
Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik.
[TERKINI] Permohonan tahanan di rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan
Permohonan banduan termasuk Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
24 premis diarah tutup, 25 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 70 premis diperiksa manakala 24 premis dikenakan tindakan tutup serta-merta melalui tindakan khas dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara.
[TERKINI] 4 rakyat Malaysia cedera bas terbabas di Norway
Kementerian Luar mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway pada Khamis lalu.
Hokkaido akan perkenal cukai penginapan mulai 2026
Kerajaan Hokkaido, sebuah pulau di utara Jepun yang terkenal dalam kalangan pelancong, akan memperkenalkan cukai penginapan sehingga 500 yen (US$3) semalam mulai April 2026.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.
Tahanan rumah: Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
MOM harap pindah ke bangunan baharu menjelang Sukan SEA 2027 - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap dapat beroperasi dari bangunan baharu dikenali sebagai Olympic House Malaysia, menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan Malaysia.
[TERKINI] Hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah.
[TERKINI] Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Indochina bangkit menjadi destinasi pelancongan utama ASEAN
Laos, Kemboja dan Vietnam secara berkumpulan telah menarik 25 juta pelancong setakat tahun ini.
Pakej pelancongan Seoul: MOTAC terus pantau, tindakan sewajar akan diambil
Tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dengan semua mangsa digesa membuat laporan polis serta aduan ke MOTAC.
Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
NDKIP di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023, disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.
Malaysia-Thailand sasar perkukuh kerjasama ekonomi dalam pelbagai industri
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama ekonomi merangkumi industri getah, pelancongan, Halal dan digital, grid tenaga dan bekalan gas serta pengurusan sempada
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Dua pelancong asing maut, pokok besar tumbang di lokasi popular Bali
Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan.