SHAH ALAM: Sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor yang dilancarkan tengah malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Izham Hashim berkata jelajah yang merupakan kesinambungan daripada Program Intervensi Harga Makanan Ehsan itu akan berlangsung selama tiga bulan di kesemua sembilan daerah negeri itu bermula 6 Sept ini.
Izham berkata jelajah berkenaan antara usaha kerajaan mendepani masalah kenaikan harga barang khususnya barangan makanan keperluan asas yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran.
"Antara barangan utama yang akan dijual ialah ayam bulat 1.8 hingga 2 kilogram (kg), beras 5 kg dan telur ayam gred B 30 biji dijual dengan harga RM10 sahaja dengan kami mengehadkan pembelian dua unit untuk satu item.
"Sebanyak sembilan trak akan digunakan bagi menjelajah ke semua daerah di seluruh Selangor yang akan kami umum menerusi media sosial rasmi kami selepas ini," katanya selepas pelancaran program itu.
Terdahulu Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor dilancarkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri itu di Dataran Shah Alam, malam tadi.
Pada pelancaran jelajah itu, kesemua barangan iaitu ayam, telur gred B, ikan kembung, beras dan daging import dijual pada harga istimewa iaitu RM5 seunit kecuali minyak masak 5kg pada harga RM10 sebotol.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata projek penanaman jagung bijirin kerajaan negeri bertujuan mengurangkan kebergantungan bekalan makanan ayam import di Kuala Langat kini dalam proses pembersihan kawasan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
Amirudin (dua, kanan) melakukan simbolik Pelancaran Jelajah Jualan Ehsan Rakyat pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, malam tadi. -Bernama
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November - MB
Belanjawan Selangor 2025 yang sepatutnya dibentangkan pada 8 November diubah kepada pertengahan November depan.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Pembukaan pasar raya itu kesinambungan daripada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran PKPS sejak Ogos 2022 supaya rakyat mempunyai akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
MB Selangor, Kedah bakal 'berentap' petang ini
Difahamkan, ia merupakan pertembungan yang julung kali diadakan buat kedua-dua figura hebat itu dalam usaha merapatkan ukhuwah.
Kompleks Islam Wira Damai bakal beri manfaat 10,000 penduduk
Amirudin berkata, projek di bawah kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu didirikan di atas tanah seluas 4.249 hektar dan dijangka siap awal tahun 2027.