KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program eMADANI yang bermula Isnin depan dengan manfaatnya bakal dinikmati oleh sehingga 10 juta rakyat kalangan B40 dan M40 yang layak, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Dalam kenyataan media susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai program itu pada pagi ini, kementerian berkata penerima berkenaan akan menerima kredit e-tunai sekali sahaja sebanyak RM100.
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula dari jam 8 pagi 4 Dis, 2023 sehingga 20 Feb, 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan berharap sumbangan eMADANI itu dapat meringankan beban kewangan rakyat menjelang akhir tahun serta musim cuti persekolahan selain memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
"Pelaksanaan program eMADANI yang bermula Isnin depan (4 Dis, 2023) adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutama langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung," kata beliau.
Program eMADANI telah diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai, 2023.
MoF berkata penggunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Feb, 2024.
"Kredit eMADANI juga boleh dimanfaatkan oleh peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kemudahan kod QR DuitNow menggunakan salah satu e-dompet terbabit dan tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan," katanya.
Empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang menyertai program berkenaan adalah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.
Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet berkaitan akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.
"Syarat-syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Jan, 2023 dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 Nov, 2023; atau mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai, 2023," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Anwar berkata, kerajaan berharap sumbangan eMADANI itu dapat meringankan beban kewangan rakyat menjelang akhir tahun serta musim cuti persekolahan selain memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. - Gambar fail
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa terima suapan RM3,500
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia" - Fahmi
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia," jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi menjawab kenyataan yang dimuat naik oleh Tan Sri Annuar Musa di Facebook beliau. #AWANInews
Trafik penumpang udara Malaysia 2024 meningkat 14.3 peratus
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Titah Adendum: "Tidak dibincangkan, Kabinet tidak arahkan" - Fahmi
Kabinet tidak membincangkan atau mengarahkan Peguam Negara untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum. #AWANInews
RM1 bilion bagi program eMADANI, manfaat untuk 10 juta rakyat - MOF
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi Program eMADANI yang bermula Isnin depan dengan manfaatnya bakal dinikmati oleh sehingga 10 juta rakyat kalangan B40 dan M40 yang layak, kata MOF.