Riza Aziz ditahan SPRM, akan didakwa esok
Astro Awani
Julai 4, 2019 17:20 MYT
Julai 4, 2019 17:20 MYT
Produser Hollywood Riza Aziz ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan penangkapan anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan pada jam 12 tengah hari tadi.
Katanya, Riza Aziz bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin dan diarahkan untuk hadir ke mahkamah esok untuk berdepan dengan satu pendakwaan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Hanya Riza Aziz ditahan dan sudah dibebaskan dengan ikat jamin.
“Beliau dikehendaki hadir ke mahkamah esok untuk pertuduhan,” kata Latheefa.
Dalam pada itu, sebuah portal mendakwa seorang perunding politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah juga dijangka berdepan dengan dakwaan dana RM2.5 juta yang diterima daripada Najib untuk risikan politik.
#Akta Pengubahan Wang Haram
#AMLA
#anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
#Najib Razak
#Riza Aziz
#SPRM