Kejadian gangguan kesihatan di Pasir Gudang terutama dalam kalangan pelajar sekolah sehingga kini belum diketahui puncanya.
Bagaimanapun, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin baru-baru ini memaklumkan tiga jenis gas iaitu akrilonitril, akrolein dan metil merkaptan dikesan di kawasan itu.
Berikutan itu, segelintir penduduk di Pasir Gudang yang ditemui Bernama membangkitkan pelbagai persoalan berhubung kesan sampingan daripada aspek kesihatan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang jika mereka terdedah kepada bahan itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Ir Dr Zulkifli Abdul Rashid berkata berdasarkan analisisnya, gas akrilonitril mempunyai sifat karsinogenik yang mampu mengakibatkan kanser jika seseorang terdedah kepada gas itu setiap hari atau terlalu lama.
Ini terbukti daripada kajian saintifik seperti yang dilaporkan dalam pangkalan data Badan Toksikologi untuk Penyakit Toksikologi dan Pendaftaran Badan Toksikologi (ATSDR) untuk akrilonitril, katanya ketika dihubungi Bernama.
"Jika mereka (penduduk) terdedah dengan bau gas ini (akrilonitril) terlalu lama, ia bukan sahaja memudaratkan kesihatan bagi kesan masa pendek, tetapi boleh membahayakan organ dalaman sehingga bertindak balas menghasilkan bentuk kanser untuk kesan masa panjang.
"Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa akrilonitril boleh menjadi karsinogen kepada manusia. Melalui eksperimen pendedahan bahan kimia atau gas itu terhadap tikus makmal mendapati ia boleh mengakibatkan tumor pada tikus, malah beberapa kajian saintifik juga menunjukkan bahan kimia akrilonitril ini juga dikatakan penyebab kanser paru-paru terhadap manusia," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, kebarangkalian penduduk berisiko menghidap kanser bergantung kepada beberapa faktor antaranya sejarah perubatan mereka sama ada mempunyai asma, faktor umur, durasi dan konsentrasi pendedahan kepada gas itu.
"Selain itu, aspek geografi atau kedudukan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan punca pencemaran udara yang berlaku ketika ini lebih berisiko tinggi menghidap kanser dalam masa yang lebih singkat berbanding mereka yang tinggal berjauhan daripada punca pencemaran gas ini," jelasnya.
Kejadian gangguan kesihatan di kawasan Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas adalah kali kedua selepas insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lepas, yang menyaksikan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan 111 sekolah ditutup.
Pada 20 Jun, gelombang kedua dilapor berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar yang melibatkan 15 murid mengalami gejala muntah, loya dan sesak nafas dipercayai akibat terhidu udara yang telah tercemar, diikuti 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, pada hari sama.
Hari ini, iaitu hari pertama sesi persekolahan selepas semua sekolah di kawasan itu ditutup sejak 25 Jun sehingga Khamis, beberapa murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang mengalami sesak nafas dan muntah-muntah sejak awal pagi.
Sementara itu, Zulkifli turut menjangka wujud lima gas toksik termasuk tiga yang telah dikesan setakat ini memandangkan metil merkaptan dan akrilonitril yang bertindak balas dengan unsur air boleh menghasilkan dua jenis gas toksik lain iaitu hidrogen sulfida dan hidrogen sianida yang mengakibatkan bau busuk dan tengik.
Bau 'misteri' yang dialami penduduk di sekitar Pasir Gudang kemungkinan kerana terhidu satu daripada dua gas itu, katanya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan kebanyakan penduduk di sekitar Pasir Gudang yang terjejas mengadu sentiasa terhidu bau busuk dan tengik selepas cuaca hujan dan pada waktu malam.
Zulkifli menjelaskan bau hidrogen sulfida menusuk hidung seperti bau telur busuk, manakala hidrogen sianida digambarkan sesekali mempunyai bau 'badam pahit' tetapi tidak semua orang dapat mengesan bau itu.
Kehadiran gas hidrogen sianida dilapor dicatatkan paling tinggi di Taman Tanjung Puteri Resort semasa kejadian pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 13 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
![Risiko kanser jika terlalu lama terdedah gas akrilonitril - Pensyarah Kimia Risiko kanser jika terlalu lama terdedah gas akrilonitril - Pensyarah Kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561384449_StadiumTertutup.jpg)
Beberapa murid SK Tanjung Puteri Resort yang terjejas akibat pencemaran udara dimandikan di Stadium Tertutup MPPG pada 24 Jun lalu. - Bernama
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Jepun turunkan status ancaman COVID kepada selesema biasa Jepun turunkan status ancaman COVID kepada selesema biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682737855_facemasks.jpg)
Jepun turunkan status ancaman COVID kepada selesema biasa
Jepun pada Isnin menurunkan status ancaman COVID-19 kepada kategori yang sama dengan influenza bermusim dan melonggarkan langkah kesihatan berkaitan.
![ASEAN berjaya atasi kebanyakan ancaman COVID-19 - PM Kemboja ASEAN berjaya atasi kebanyakan ancaman COVID-19 - PM Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668153707_TBkemboja.jpg)
ASEAN berjaya atasi kebanyakan ancaman COVID-19 - PM Kemboja
Rantau ASEAN secara keseluruhan dijangka mencapai kadar pertumbuhan 5.3 peratus dan 4.9 peratus masing-masing pada 2022 dan 2023.
![Jangkitan kulat: Pertama kali disenarai WHO sebagai ancaman kesihatan Jangkitan kulat: Pertama kali disenarai WHO sebagai ancaman kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666745582_AdeshKumar.jpg)
Jangkitan kulat: Pertama kali disenarai WHO sebagai ancaman kesihatan
WHO memberi amaran, beberapa mutasi semakin kuat dan meluas, malah ubat-ubatan dilihat tidak berkesan.
![Merokok: Lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun - Pengamal perubatan Merokok: Lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun - Pengamal perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639025186_Cigarette.jpg)
Merokok: Lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia setiap tahun - Pengamal perubatan
Di Malaysia terdapat kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok.
![Kuat kuasa semula sekatan jika gagal urus peralihan - WHO Kuat kuasa semula sekatan jika gagal urus peralihan - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587617162_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
Kuat kuasa semula sekatan jika gagal urus peralihan - WHO
WHO beri amaran situasi itu tidak mustahil berlaku sekiranya negara terbabit tidak menguruskan peralihan dengan berhati-hati.
![Risiko kanser jika terlalu lama terdedah gas akrilonitril - Pensyarah Kimia Risiko kanser jika terlalu lama terdedah gas akrilonitril - Pensyarah Kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561384449_StadiumTertutup.jpg)
Risiko kanser jika terlalu lama terdedah gas akrilonitril - Pensyarah Kimia
Gas itu boleh membahayakan organ dalaman sehingga bertindak balas menghasilkan bentuk kanser untuk kesan masa panjang.