KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar US hari ini selepas pelabur memilih mata wang selamat susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik membabitkan Amerika Syarikat (AS)-China.
Lawatan Speaker Perwakilan Dewan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan telah menimbulkan ketidaksenangan China dan mendorong mereka untuk menggerakkan tentera udara serta laut sebagai respons kepada lawatan tersebut, sekaligus, menimbulkan ketengangan selanjutnya dalam hubungan kuasa-kuasa besar itu, kata peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4550/4565 berbanding dolar US daripada 4.4540/4565 yang direkodkan semalam.
Pakar Ekonomi Bebas, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar US telah disokong dengan baik sepanjang hari ini selepas ketidaktentuan geopolitik di Taiwan terus berkembang.
Tambahan pula, jualan runcit Kesatuan Eropah (EU) menguncup 3.7 peratus dari tahun ke tahun pada Jun berbanding penguncupan 1.7 peratus yang didasarkan kepada anggaran konsensus.
"Nampaknya ekonomi AS terus bertambah baik berbanding Eropah, menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan AS berada di landasan bagi kenaikan kadar dasar antara 3.25 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2022. Oleh itu, gabungan pengelakan risiko termasuk prospek untuk kadar dana rizab yang lebih tinggi akan memberikan kelebihan kepada dolar US. Dengan lanjutan itu, ringgit mungkin kekal lemah dalam jangka masa terdekat," katanya kepada Bernama.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketegangan AS-China yang membabitkan Taiwan, digabungkan dengan kadar AS yang agresif telah menjejaskan ringgit sepanjang hari ini.
Bagaimanapun, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu naik berbanding euro kepada 4.5396/5412 daripada 4.5587/5612 yang dicatatkan semalam dan menokok berbanding pound British kepada 5.4244/4262 daripada 5.4406/4436 sebelum ini.
Ia juga melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2262/2277 daripada 3.2278/2301 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3459/3472 daripada 3.4031/4053.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Ringgit bagaimanapun ditutup lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Ringgit susut diasak risiko geopolitik, namun kekal mata wang prestasi terbaik global
Ringgit muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik global berbanding dolar AS bagi tempoh tiga bulan pada 2 Julai-2 Oktober 2024.

Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.6720/6745 berbanding dolar US daripada 4.6480/6520 yang dicatatkan semasa Jumaat lepas.

Ringgit menyusut disebabkan ketengangan geopolitik
Ringgit terus menyusut berbanding dolar US hari ini selepas pelabur memilih mata wang selamat susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik membabitkan Amerika Syarikat (AS)-China.