Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas didorong kenaikan harga minyak mentah global, di tengah-tengah pengumuman awal pagi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bagi mengekalkan kadar faedah tidak berubah.
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.3300/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3450/3500 ketika ditutup semalam.
Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent naik 4.61 peratus kepada US$23.56 setong ketika peniaga tenaga berspekulasi bahawa permintaan minyak mentah akan terus meningkat susulan paras pengeluaran global dikurangkan selepas kapasiti penyimpanan semakin berkurangan.
Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Edward Moya berkata Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah sehingga mereka yakin ekonomi AS akan pulih semula.
Beliau berkata Fed juga akan mendapatkan pakar kesihatan dalam menentukan unjuran, oleh itu bank pusat tersebut tidak dapat memberi sebarang ketetapan hari ini.
Dolar AS meneruskan penurunan selepas Fed mengatakan sekiranya sokongan lanjutan diperlukan, bank pusat AS itu akan mempertingkat langkah rangsangan ekonomi, katanya.
"Pelbagai rangsangan oleh Fed bagi menangani pandemik COVID-19 ini berkemungkinan menjadikan dolar AS lebih lemah," katanya.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes berkata lengkungan rata jangkitan COVID-19 di Malaysia, kenaikan harga minyak mentah serta komitmen Jawatankuasa Terbuka Fed yang melaksanakan dasar monetari bagi Fed untuk mengewangkan hutang, merupakan petunjuk baik bagi Malaysia.
"Sentimen risiko global semakin meningkat dan semua faktor ini seharusnya memberi dorongan kepada ringgit," katanya.
Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0653/0739 daripada 3.0720/0757 ketika ditutup pada Rabu, dan tinggi berbanding yen kepada 4.0551/0652 daripada 4.0790/0849.
Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3870/4003 daripada 5.3948/3023 dan stabil berbanding euro kepada 4.7019/7132 daripada 4.7165/7228 semalam. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
![Ringgit dibuka tinggi susulan keputusan Fed kekalkan kadar faedah tidak berubah Ringgit dibuka tinggi susulan keputusan Fed kekalkan kadar faedah tidak berubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71588222646_Bajet.jpg)
Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717033376_MajedAbuRamadan.jpg)
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
![Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716342889_TBSIADIES.jpg)
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
![Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716025950_ChinaUSA.jpg)
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
![Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715993230_tbdeathofmigrant.jpg)
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
![Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715840247_barge.jpg)
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
![Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714445539_tbhumanitarianaid.jpg)
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
![Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711066991_Firstpigtohumank.jpg)
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
![Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705211011_TBCOVIDRELIEFPLAN.jpg)
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
![Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707022827_TBairstrike.jpg)
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
![Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706758896_Chicagoweekendprot.jpg)
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.