KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melancarkan program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' dalam usaha membantu pengamal industri muzik tempatan.
Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata pihaknya mendapat sokongan pembiayaan tahunan sebanyak RM100,000 daripada Public Performance Malaysia Berhad (PPM), yang merupakan Pertubuhan Pengurusan Kolektif tertua di Malaysia.
"Di bawah program ini, pengamal industri muzik terdiri daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu sehinggalah pegawai perhubungan awam syarikat rakaman yang menghadapi kesusahan akibat pelbagai faktor boleh memohon bantuan kewangan daripada sumbangan Rahmah yang baru ditubuhkan ini, " katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sumbangan Rahmah Industri Muzik semalam.
Majlis itu, yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, adalah selari dengan inisiatif Payung Rahmah bagi membantu meringankan kos hidup rakyat.
Rosmin juga berkata permohonan bantuan kewangan itu akan dibuka hari ini dan sebarang butiran program termasuk kelayakan, kriteria dan borang boleh didapati di laman sesawang www.rim.org.my/sumbangan-rahmah-application.
Beliau juga berkata Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industri muzik yang berdepan masalah kewangan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.
"Kami prihatin tentang nasib artis veteran yang bergelut untuk menampung kehidupan serta mereka yang memerlukan bantuan untuk membayar bil perubatan mereka yang banyak. Kami amat bersyukur kerana program seperti ini berjaya dilaksanakan.
"Seperti Dana Kecemasan RIM sebelum ini, kami akan mematuhi parameter dan syarat yang ditetapkan dalam penyaluran bantuan kewangan daripada dana Sumbangan Rahmah Industri Muzik kepada pemohon yang layak," katanya.
Pada majlis itu, Salahuddin menyerahkan cek replika bernilai RM2,000 kepada beberapa penggiat industri muzik yang juga adalah penerima pertama sumbangan Rahmah.
Antaranya penyanyi Zaiton Sameon, Ali Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC, Sazali P. Ramlee dan Ben Nathan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
![RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685568388_SalahuddinAyub.jpg)
Salahuddin menyampaikan cek replika kepada artis-artis tempatan di dalam Majlis Pelancaran Sumbangan Rahmah Industri Muzik di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685568388_SalahuddinAyub.jpg)
RIM lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, bantu penggiat seni muzik tempatan
RIM melancarkan program amal 'Sumbangan Rahmah Industri Muzik' dalam usaha membantu pengamal industri muzik tempatan.
![Cetak rompak masih wujud, industri muzik jangan dipolitikkan Cetak rompak masih wujud, industri muzik jangan dipolitikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526419906_darrenchoy.jpg)
Cetak rompak masih wujud, industri muzik jangan dipolitikkan
Pengerusi RIM, Darren Choy berharap industri muzik tempatan tidak dipolitikkan dalam usaha membantu artis tempatan menjana lebih pendapatan.
![Lagu Fattah Amin dan Hael Husaini paling berjaya sepanjang 2017 Lagu Fattah Amin dan Hael Husaini paling berjaya sepanjang 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51515496024_fattahhael.jpg)
Lagu Fattah Amin dan Hael Husaini paling berjaya sepanjang 2017
"Wanita Terakhir" dan "Jampi" cipta rekod tersendiri dalam senarai Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
![Industri muzik dan $$$-nya Industri muzik dan $$$-nya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81463993662_AznanAlias.jpg)
Industri muzik dan $$$-nya
Pemuzik Aznan Alias berkongsi pandangan beliau tentang industri muzik tanah air masa kini.
!['Industri muzik bukannya mati' - Norman KRU 'Industri muzik bukannya mati' - Norman KRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437458316_normankru.jpg)
'Industri muzik bukannya mati' - Norman KRU
Industri muzik Malaysia tidak akan berkubur tetapi sedang mengalami proses transformasi, itu antara reaksi Pengerusi RIM, Norman KRU.
![Pengasingan jantina di konsert, kenapa baru sekarang? - Jennifer Thompson Pengasingan jantina di konsert, kenapa baru sekarang? - Jennifer Thompson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71429342130_295x200.jpg)
Pengasingan jantina di konsert, kenapa baru sekarang? - Jennifer Thompson
Persoalan diutarakan penganjur konsert tempatan, Jennifer Thompson dalam memberi reaksi terhadap garis panduan baru JAKIM.
![BlackBerry topik hangat Twitter BlackBerry topik hangat Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359610337_295x200.jpg)
BlackBerry topik hangat Twitter
Rakyat Malaysia nampaknya teruja dengan penjenamaan semula terbaru RIM yang sekarang dikenali sebagai BlackBerry dan telefon pintar yang dilancarkan.
![Alicia Keys, pengarah kreatif global Blackberry Alicia Keys, pengarah kreatif global Blackberry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359598077_295x200.jpg)
Alicia Keys, pengarah kreatif global Blackberry
Penyanyi Alicia Keys semalam dinamakan sebagai pengarah kreatif global Blackberry, dahulunya dikenali sebagai RIM.
![RIM lancar Blackberry 10 dan tukar nama RIM lancar Blackberry 10 dan tukar nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81359560805_295x200.jpg)
RIM lancar Blackberry 10 dan tukar nama
Pembuat telefon pintar, Research in Motion (RIM) pada Rabu melancarkan produk terbaru syarikat itu, BlackBerry 10.