KUALA LUMPUR: Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di perairan barat Sabah dan utara Sarawak selama tiga hari mulai Khamis ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Berdasarkan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan MetMalaysia pada 2 petang ini, keadaan itu diramal berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China.
"Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin baratan di perairan barat Sabah dan utara Sarawak dalam tempoh 13 hingga 15 Julai.
"Ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.
Selain itu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 15 sehingga 18 Julai ini.
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Keadaan itu diramal berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Ribut petir, angin kencang landa Sabah, Sarawak mulai Khamis
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di perairan barat Sabah dan utara Sarawak selama tiga hari mulai Khamis ini.