Kejadian ribut petir dengan tiupan angin kencang yang berlaku di ibu kota petang ini bukanlah suatu fenomena yang luar biasa, menurut Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pegawai Meteorologi Kanan, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata kehadiran angin yang lebih kuat daripada biasa berkemungkinan disebabkan oleh pelepasan tenaga yang tersimpan dalam atmosfera selepas kawasan Lembah Klang didapati tidak mengalami hujan lebat dan ribut petir dalam tempoh yang panjang.
Katanya keadaan sebegini juga boleh menyebabkan fenomena hujan batu terbentuk akibat daripada penghasilan ribut petir berintensiti tinggi bagi melepaskan tenaga atmosfera secara semula jadi.
"Melihat kepada radar cuaca pada ketika ini, ribut petir dan hujan lebat didapati sedang berlaku di kawasan sebelah utara Kuala Lumpur.
"Bagaimanapun kelajuan angin tidak dapat dicerap oleh radar ekoran saiz ribut petir yang secara relatifnya adalah kecil," katanya kepada Bernama.
Mohd Hisham turut menjelaskan fenomena sebegini berkemungkinan boleh mendatangkan banjir kilat di beberapa tempat ekoran berlakunya hujan lebat dalam tempoh yang singkat.
Bernama
Mon Feb 16 2015

Kehadiran angin yang lebih kuat daripada biasa berkemungkinan disebabkan oleh pelepasan tenaga yang tersimpan dalam atmosfera. - Gambar Fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Siklon Tropika Dikeledi ragut sekurang-kurangnya tiga nyawa di Madagascar
Siklon Dikeledi mendarat di daerah Vohemar, utara Madagascar, kira-kira 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu, membawa angin 130 kilometer sejam.

Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.

Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.

Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.