DENGKIL: Kira-Kira 20 buah kenderaan di kawasan parkir di Cyber Valley di sini rosak selepas dihempap pokok tumbang ketika kejadian hujan lebat dan angin kuat hari ini.
Insiden pada kira-kira 5.30 petang itu menyaksikan beberapa batang pokok besar di kawasan parkir tumbang namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Muhammad Harith Che Jusoh, 36, berkata ketika kejadian, beliau sedang membaiki kereta pelanggan apabila pokok besar di hadapan bengkelnya tumbang secara tiba-tiba.
"Memang masa itu hujan lebat dan angin pun kuat... dalam sekelip mata sahaja, pokok besar hempap kereta-kereta yang diletakkan di kawasan parkir ini.
"Kira-kira lima buah kereta pelanggan saya rosak akibat kejadian ini... kali pertama kejadian teruk macam ini berlaku sejak tujuh tahun saya berniaga di tempat ini," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau berharap Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian sama berlaku seperti memotong pokok besar di sekitar kawasan parkir itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis pula berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam pada 5.36 petang.
"Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini," menurutnya dalam satu kenyataan.
Tinjauan Bernama mendapati setakat 8.30 malam, kerja-kerja memotong pokok yang tumbang masih dilakukan oleh pihak bomba dan MPS.
Sementara itu, terdapat juga laporan beberapa kediaman dan kenderaan mengalami kerosakan di kawasan lain di Dengkil akibat ribut berkenaan.
Bernama
Mon Feb 21 2022
![Ribut di Dengkil: 20 kereta rosak dihempap pokok tumbang Ribut di Dengkil: 20 kereta rosak dihempap pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645451678_PokoktumbangRibu.jpg)
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, beberapa batang pokok besar di kawasan tempat letak kereta berkenaan tumbang, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Ribut di Dengkil: 20 kereta rosak dihempap pokok tumbang Ribut di Dengkil: 20 kereta rosak dihempap pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645451678_PokoktumbangRibu.jpg)
Ribut di Dengkil: 20 kereta rosak dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, beberapa batang pokok besar di kawasan tempat letak kereta itu tumbang, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.