BANGKOK:Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di Bangkok pada Sabtu bagi membantah pengisytiharan perintah darurat.
Meskipun kebanyakan perkhidmatan Transit Aliran Metropolitan (MRT) dan Skitren Sistem Transit Massa Bangkok (Skitren BTS) telah dihentikan seketika beberapa jam sebelum itu, beribu-ribu orang tetap hadir untuk menyertai tunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan juga sanggup meredah hujan dan berhimpun di persimpangan Lat Phrao, persimpangan Bangna serta Wongwian Yai, Stesen Asoke BTS dan Sam Yan Mitrtown.
Tunjuk perasaan itu bersurai beberapa jam kemudian.
Susulan kekerasan yang berlaku pada petang Jumaat di persimpangan Pathumwan yang menyaksikan polis didakwa melepaskan cecair pemedih mata ke arah penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka, penganjur hanya mengesahkan perhimpunan itu pada kira-kira 3.10 petang (waktu tempatan).
Para penunjuk perasaan mengulangi tuntutan mereka termasuk peletakan jawatan perdana menteri, pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi institusi monarki.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Khamis mengisytiharkan bahawa terdapat 'situasi darurat serius di Bangkok' untuk mengharamkan perhimpunan lima orang atau lebih, yang dilaksanakan pada 4 pagi (waktu tempatan) dalam usaha mengakhiri tunjuk perasaan jalanan selama tiga bulan yang dipimpin pelajar.
Sehingga kini, polis telah menahan kira-kira 50 penunjuk perasaan termasuk beberapa pemimpin dan aktivis sejak Selasa, iaitu sehari sebelum perhimpunan besar-besaran berlangsung pada Rabu bagi memperingati ulang tahun ke-47 kebangkitan pelajar pada tahun 1973 yang menyaksikan 77 orang terbunuh.
Sementara itu, Timbalan Komander Polis Metropolitan Bangkok Jeneral Piya Tawichai menyangkal dakwaan bahawa polis menggunakan peluru getah untuk menyuraikan orang ramai pada Jumaat malam.
"Tiada gas pemedih mata dilepaskan. Meriam air yang dicampur dengan bahan kimia telah digunakan untuk menyuraikan orang ramai. Ia tidak akan mendatangkan sebarang risiko kepada kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020

Penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protes anti-kerajaan di Bangkok, Thailand, 17 Okt, 2020. REUTERS
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.

Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.

Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium
Di Brussels, lebih 30,000 penunjuk perasaan termasuk anggota bomba, guru, dan ahli kesatuan pekerja turun ke jalan raya.

Protes antiperang, penunjuk perasaan Israel bertempur dengan polis
Puluhan penunjuk perasaan Israel bertempur dengan anggota polis dalam protes antiperang di Tel Aviv pada Sabtu.

Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.

Setahun Gaza berdarah, kumpulan pro-Palestin protes di Buenos Aires, Lima
Kumpulan pro-Palestin turun ke jalanan di Buenos Aires dan Lima sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Hamas yang mencetuskan konflik di Gaza pada Isnin.

Penunjuk perasaan bakar diri ketika himpunan pro-Palestin berdekatan White House - Laporan
Demonstrasi bermula di luar Rumah Putih dan berlangsung secara aman.

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar ekspo industri pertahanan Australia
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memukul gendang serta melaungkan "free Palestine" di Melbourne.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup
Tuggar minta sokongan kolaboratif komuniti antarabangsa dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kehidupan lebih baik untuk rakyatnya.