'Pakar kimia' Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, kini disenarai hitam daripada memasuki negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan kerajaan Malaysia tidak mahu wujudnya sebarang elemen yang mahu menjadikan negara ini sebagai pangkalan agenda tersembunyi.
"Beliau masuk ke negara ini dengan hasrat untuk bekerja dengan sebuah syarikat, namun siasatan polis mendapati beliau tidak bekerja di syarikat berkenaan.
"Sebaliknya aktiviti yang beliau lakukan ialah aktiviti yang kerajaan Malaysia tidak pernah kehendaki...kita tidak mahu elemen seperti ini berada di negara kita," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-7 Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.
BACA: Lelaki Korea Utara akan dibebaskan, dihantar pulang - Peguam Negara
BACA: Ri Jong Chol diusir hari ini
Beliau mengulas perkembangan terkini siasatan kes pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) pada 13 Feb. Jong Nam dilaporkan menggunakan pasport atas nama Kim Chol semasa berada di negara ini.
Ahmad Zahid berkata Jong-chol, 47, yang kini berada di depoh tahanan Jabatan Imigresen akan diterbangkan ke Beijing malam ini dan seterusnya ke Pyongyang, diiringi dua pegawai Kedutaan Korea Utara.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata Jong-chol, yang direman sejak 18 Feb lepas, akan dibebaskan berikutan kekurangan bukti untuk mendakwanya.
Jong-chol direman sejak 18 Feb berhubung kes pembunuhan Jong Nam dan perintah reman itu tamat hari ini.
Semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa dua suspek yang dicari berhubung siasatan itu dipercayai 'bersembunyi' di Kedutaan Korea Utara, Ahmad Zahid berkata beberapa prosedur diplomatik perlu diikuti.
"Selagi seseorang itu berada di mana-mana premis di mana-mana kedutaan, kita perlu mengikut peraturan prosedur diplomatik. Waran itu bukan sahaja untuk diserahkan tetapi beberapa prosedur diplomatik perlu diikuti," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, waris tidak semestinya perlu tampil ke negara ini untuk memberi sampel DNA bagi pengecaman mayat.
Terdapat kaedah lain untuk mendapatkan sampel berkenaan, katanya tanpa mengulas lanjut kaedah itu.
Ketika ditanya hubungan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berikutan Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol yang dilaporkan berterusan mengecam kerajaan Malaysia berhubung siasatan pembunuhan itu, Ahmad Zahid membayangkan kedutaan itu akan membayar 'harga yang mahal' atas tindakan berkenaan.
"Sebagai seorang duta, biarpun skripnya datang daripada sumber yang beliau sendiri ketahui, tetapi dia harus menghormati sistem perundangan, etika, budaya dan kelaziman yang dilakukan negara kita dan sistem diplomasi antarabangsa harus dihormati," katanya.
Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan pihak polis menjalankan siasatan secara profesional berdasarkan bukti kukuh menerusi empat elemen iaitu DNA, elemen forensik, bahan kimia yang digunakan dan rakaman kamera litar tertutup berdefinisi tinggi.
Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.
Jong-nam, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Dua wanita asing iaitu Siti Aisyah, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, warga Vietnam, dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang pada Rabu lepas atas tuduhan membunuh Kim Chol.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
TPM AHMAD ZAHID: 'Pakar kimia' Korea Utara, Ri Jong-chol, kini disenarai hitam daripada memasuki negara ini. - fotoBERNAMA
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
KKDW akan manfaat dana RM11 bilion untuk teliti kesan mobiliti sosial
Perpindahan penduduk ke kawasan berbeza mempunyai kesan sosialnya tersendiri.
Hala tuju kerjasama UMNO akan dibincang dalam MT parti - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, ini soal penting dan tidak sesuai untuk bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama.
Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan Isnin, 23 Mac lal
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Kemenangan BN di Kimanis bukti kesinambungan kepercayaan pengundi - Zahid
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin adalah kesinambungan kepercayaan pengundi di parlimen itu terhadap parti ini.
UMNO mahu tawan semula Sabah - Zahid Hamidi
UMNO akan membuat tawaran baharu dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama sebagai persiapan menawan semula negeri Sabah.
Zahid didakwa atas pertuduhan rasuah pagi ini
Zahid akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan.
'You're still my president' - KJ doa kesejahteraan Zahid
Khairy menerusi perkongsian di Instagram berkata, "I know Im hard on you, but youre still my President, sir."
PAU2017: Saya tidak campur tangan soal usul jawatan presiden, timbalan presiden - PM Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak campur tangan dalam soal usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.