KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Jan ini menerima reaksi berbeza pelbagai pihak.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pelaksanaan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengurusan kesesakan di plaza tol.
"Kita boleh lihat Singapura yang tidak mempunyai tol, perjalanan pengguna jadi lebih cepat sebab tidak perlu berhenti, sentuh kad dan sebagainya seperti yang kita amalkan sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Menurut PLUS, pembayaran tol melalui RFID yang mula diperkenalkan pada 2018 melibatkan lebuh raya terpilih merupakan langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol menerusi Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF).
Namun, Mohd Yusof berkata 20 laluan RFID di sembilan plaza tol PLUS buat masa ini masih mempunyai palang dan keadaan itu menyebabkan pengguna lebuh raya perlu memperlahankan kenderaan sebelum imbasan dilakukan.
Mohd Yusof juga tidak menafikan kemudahan tambah nilai yang ditawarkan RFID yang boleh dibuat secara dalam talian seharusnya mendapat reaksi positif rakyat.
"Macam yang dikatakan ramai pihak, kalau dengan Touch 'n Go kita memang alami kesukaran untuk tambah nilai. Kena singgah ke kedai serbaneka, stesen minyak dan kena sediakan tunai sebab untuk tambah nilai tanpa tunai tidak boleh.
"Jadi RFID ini bagi kita pilihan yang lebih mudah sebab boleh tambah nilai menerusi telefon pintar sama ada guna kad debit atau kredit, atau perbankan dalam talian. Ia juga ada ciri tambah nilai langsung menggunakan e-dompet," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan sasaran pelaksanaan RFID secara berperingkat memandangkan tidak semua pengguna lebuh raya ketika ini mempunyai akses kepada tag RFID berikutan kurangnya maklumat mengenai sistem tersebut.
"Pilihan untuk menggunakan Touch 'n Go dan SmartTAG untuk tempoh tertentu adalah wajar dan ia perlu diteruskan sehingga PLUS rasa semua orang sudah boleh akses kepada RFID. Kemudian barulah secara beransur-ansur hapuskan kaedah pembayaran sedia ada dan beralih ke RFID sepenuhnya," katanya yang turut menyarankan untuk lebih banyak promosi dibuat oleh PLUS berkenaan teknologi itu untuk manfaat pengguna.
Mengenai reaksi sesetengah netizen yang kurang senang dengan pengumuman tersebut, beliau berkata situasi berkenaan pernah berlaku suatu ketika dahulu semasa peralihan sistem pembayaran tunai di tol kepada Touch 'n Go.
"Saya rasa tiada masalah sebenarnya sebab peralihan tunai ke Touch 'n Go sebelum ini tidak ambil masa yang lama (untuk diterima pengguna). Itu menunjukkan rakyat kita sebenarnya bersedia dengan perubahan berkenaan. Jadi sebab itulah, saya berpendirian yang sama untuk RFID ini.
"Apabila semakin ramai yang menikmati kemudahan ini, maka peralihan itu akan menjadi lebih positif. Sekarang saya faham banyak yang kurang setuju sebab belum ramai yang menggunakannya," katanya.
Bagaimanapun, bagi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, beliau mempersoalkan sama ada wujud keperluan mendesak untuk RFID dilaksanakan dalam tempoh terdekat sedangkan majoriti rakyat ketika ini hakikatnya sedang melalui fasa hidup yang sukar akibat COVID-19.
Menurutnya, walaupun kenyataan susulan PLUS yang menjelaskan penggunaan Touch 'n Go dan SmartTAG masih diteruskan meskipun transaksi RFID diperluaskan pertengahan Januari, beliau masih merasakan pengumuman tersebut sebagai 'berita buruk' bagi sebilangan masyarakat.
"Walaupun hanya sekadar pengumuman dan kaedah pembayaran sedia ada masih berjalan, itu sudah memberi kesan kepada rakyat untuk semakin tertekan.
"Rakyat hidup dalam harapan ketika ini dan harapan yang 'cantik' akan menyeronokkan mereka. 'The feel good factor' itu amat penting kepada kita," katanya kepada Bernama.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengguna di luar bandar yang mungkin sukar untuk mengakses pemasangan RFID selain isu teknikal seperti pemindahan baki semasa dalam kad Touch 'n Go mahupun SmartTAG ke RFID yang masih tidak jelas.
"Begitu juga dengan parkir kenderaan yang menggunakan Touch 'n Go. Pihak berkaitan kena jelaskan dan mudahkan hal-hal sebegini. Kalau tidak boleh pindahkan (baki dalam kad) dan kena buat baharu untuk tujuan parkir, itu adalah kos untuk pengguna. Perlu ada jaminan tiada sebarang kos tambahan," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan lebih banyak penjelasan terperinci dikeluarkan PLUS berhubung pelaksanaan RFID memandangkan tiada pemakluman berkaitan isu teknikal seperti diperkatakan netizen terutamanya berkenaan parkir.
Menurut laman sesawang RFID, ketika ini ia digunakan oleh 1,269,957 pengguna di seluruh negara dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup di Dewan Negara baru-baru ini berkata kementeriannya menyasarkan 60 peratus penggunaan RFID pada akhir 2022 dan penggunaan kad Touch 'n Go dan SmartTAG mungkin akan diberhentikan pada penghujung 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022

Pembayaran tol melalui RFID merupakan langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol menerusi Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF). -Foto PLUS
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).

KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.

Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura
Sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS) yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau.

KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF
Abdul Rahman berkata, Kerajaan sedang masih dalam proses kajian mengenai MLFF, dan menjangkakan ujian percubaan pada 2024 untuk melihat kesesuaian kaedah tersebut.

Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem RFID di semua lebuh raya di negara ini.

Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.