LIPIS: Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna buat dua keluarga apabila impian mereka untuk memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan.
Rogayah Mat Zin, 50, yang tinggal di Kampung Ulu Teris dan Mazlan Hassan, 52, di Kampung Peruang dekat sini adalah penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menerusi peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan kerjasama GiatMARA.
Bagi Rogayah yang juga ibu tunggal kepada empat orang anak, dengan adanya rumah itu, sudah pasti akan memberikan keselesaan buat dia sekeluarga.
Sebelum ini, dia bersama anak-anak terpaksa menumpang di rumah keluarga mertua selepas suaminya meninggal dunia akibat asma pada 2016.
Sepanjang tempoh itu juga, jara Rogayah, dia sudah berusaha memohon kediaman sendiri, namun, belum sampai peluangnya.
"Syukur penantian lebih enam tahun kini berakhir apabila rumah PPRT ini siap sepenuhnya. Ia cukup selesa untuk didiami kerana dilengkapi dengan ruang tamu, tiga bilik tidur, tandas, bilik air dan ruang dapur," katanya.
Rogayah berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dekat Kampung Ulu Teris di sini, semalam.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.
Berbeza pula dengan pengalaman Mazlan apabila rumahnya terbakar pada bulan Mei 2021 akibat litar pintas menyebabkan keluarganya tinggal sehelai sepinggang.
Mazlan berkata, dia bersama isteri dan tujuh orang anaknya cuma menumpang teduh di rumah jiran selepas kejadian tersebut.
"Mujurlah KPLB dan Ahli Parlimen Lipis prihatin dan cakna dengan kesusahan yang saya tanggung lalu diberi bantuan rumah baharu mula dibina pada bulan November tahun lalu dan siap pada bulan Februari tahun ini.
"Saya amat bersyukur kerana memperoleh kediaman baharu PPRT dan ini merupakan rahmat Allah SWT untuk keluarga saya sempena bulan Ramadan," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Lipis berkata, kedua-dua buah rumah PPRT masing-masing bernilai RM56,000 siap antara tempoh empat bulan untuk kedua buah keluarga tersebut bagi mereka memulakan kehidupan baharu di tempat tinggal yang selesa.
"KPLB sentiasa prihatin dengan kesusahan penduduk di luar bandar yang ditimpa bencana seperti kebakaran, banjir yang kehilangan serta kerosakan rumah mereka termasuklah ibu tinggal yang mengalami tekanan tanpa kediaman tetap," ujarnya.
Ifti Femida
Sun Apr 03 2022
Abdul Rahman Mohamad (tengah) disaksikan oleh Mustapa Long (dua dari kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada Rogayah Mat Zin di Kampung Ulu Teris, Lipis, semalam. - Gambar Astro AWANI
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Kempen UAE 1 Bilion Meals Endowment cecah AS$140 juta dalam tempoh 15 hari
Kempen itu bertujuan menyediakan jaringan keselamatan makanan untuk penduduk yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.
Rezeki Ramadan, dua keluarga miliki rumah PPRT
Rogayah Mat Zin dan Mazlan Hassan bersyukur kerana impian mereka untuk memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan.