KOTA KINABALU: Meskipun Menu Rahmah belum diperluaskan ke Sabah, seorang pengusaha restoran di Plaza Tanjung Aru, di sini mengambil inisiatif menawarkan hidangan tersebut kepada pelanggannya bermula hari ini.
Musli Oli yang mengusahakan Restoran Pak Mus, berkata menu berkenaan ditawarkan bermula pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang.
"Insya-Allah, restoran saya akan menyajikan Menu Rahmah setiap hari kepada semua pelanggan yang datang ke sini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata menu berkhasiat dan seimbang yang ditawarkan kepada pelanggan pada harga RM5 ialah nasi, ikan, ayam atau ikan, sayur dan air sirap.
Menurutnya inisiatif itu adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya di negeri ini.
Semalam, Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Junz Wong memuji inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan Persekutuan dan menggesa kerajaan negeri yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya memperluas inisiatif itu ke Sabah.
Selasa lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makan tengah hari atau makan malam berharga RM5 sepinggan di 15,000 premis menjual makanan di seluruh negara.
Sementara itu, seorang pelanggan, Ramli Halim, 50, berkata, inisiatif hidangan Menu Rahmah itu bukan sahaja membantu golongan sasar tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat.
Beliau berkata purata perbelanjaan untuk makan sehari kini sekitar RM50 seorang dan jumlah itu agak besar bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
"Jadi, Menu Rahmah ini memang bagus kerana bukan sahaja membantu golongan miskin tetapi semua pekerja yang sudah tentu mahu harga murah dan menjimatkan," katanya yang bekerja sendiri.
Penjawat awam, Santy Ahmad, 42, pula berharap restoran lain di setiap daerah di negeri ini akan turut menyediakan Menu Rahmah agar usaha kerajaan itu dapat dinikmati setiap lapisan masyarakat. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
![Restoran Pak Mus tawar Menu Rahmah di Sabah Restoran Pak Mus tawar Menu Rahmah di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675411985_PakMusMenuRahmah.jpg)
Restoran Pak Mus di Plaza Tanjung Aru, Kota Kinabalu menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5 bermula pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang. - Gambar BERNAMA
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716973812_NILAI.jpg)
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
![Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712311098_FuziahSalleh.jpg)
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
![Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664355979_minyakpetrol.jpg)
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
![Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707264944_TBWooKahLeong.jpg)
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
![43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700020832_TBFAUZIAH.jpg)
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
![Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698818431_TBArmizan.jpg)
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
![Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694652560_JualanRahmah.jpg)
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
![Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690715092_AnwarIbrahim.jpg)
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
![PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690714026_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.
![Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689655793_AhmadMaslan.jpg)
Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan
Ahmad berkata ia dicapai menerusi pemberian tunai serta beberapa bantuan langsung lain kepada rakyat supaya boleh dibelanjakan dalam ekonomi domestik.