Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 Nov.
Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.
Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.
Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan.
Bernama
Thu Nov 14 2013

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Juruterbang ambil pesanan 'nasi ganja' guna helikopter mengaku tidak bersalah
Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Padang Ipoh, Jalan Tun Sambanthan, kira-kira jam 9.50 hingga 10 pagi, 23 Julai tahun lalu.

Guna helikopter ambil 'nasi ganja', polis masih tunggu arahan lanjut
Polis Perak telah selesai merakam percakapan dan kertas siasatan juga telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Helikopter dapat kebenaran rentas negeri untuk diselenggara, bukan beli 'nasi ganja'
Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh Jumaat lepas hanya memperoleh kebenaran rentas negeri bagi tujuan penyelenggaraan pesawat itu dan bukannya membawa tempahan nasi ganja.

Guna helikopter ambil 'nasi ganja': Individu bergelar Datuk antara dipanggil beri keterangan
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua individu itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.

CAAM mulakan siasatan isu helikopter ambil 'nasi ganja'
Siasatan itu akan memfokuskan sama ada helikopter Bell 505 yang dikendalikan Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu melanggar sebarang peraturan.

Ambil 36 bungkus 'nasi ganja' dengan helikopter
Kehadiran helikopter itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat di Padang Ipoh.

Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup dua minggu
Restoran itu diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.