Sehari selepas hanya bertuala ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini, sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri berikutan ketiadaan bekalan air di negeri itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos 'dihukum' apabila resort miliknya di Sekinchan disita pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pagi tadi.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu berkata tindakan penyitaan itu jelas bermotifkan politik dan mendakwa kerajaan negeri menggunakan kuasa sewenang-wenangnya dengan mengarahkan MDSB bertindak sedemikian.
"Saya dah patuhi semua syarat untuk tukar tanah pertanian kepada tanah pelancongan dan dah bayar semua denda serta semua bayaran berkaitan. Sudah lima tahun saya menjalankan perniagaan ini...jelas tindakan kerajaan negeri bertujuan politik semata-mata.
"Kenapa tidak robohkan rumah-rumah dan pusat judi yang dibina atas tanah rizab Melayu di Sekinchan dan Sungai Besar? Mereka yang patut dikenakan tindakan bukan saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Jamal berkata beliau juga dimaklumkan bahawa MDSB telah diarahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya mengambil tindakan segera dengan menyita resort miliknya.
Katanya tindakan penyitaan itu menyebabkan pihaknya terpaksa membatalkan segala tempahan penginapan di resort yang sudah beroperasi sejak lima tahun lepas dan mempunyai kira-kira 30 pekerja yang majoritinya penduduk kampung berhampiran.
Ketua UMNO Bahagian itu juga kesal apabila empat jam selepas notis penyitaan ditampal, struktur bangunan di bahagian belakang resortnya yang mempunyai 100 unit bilik penginapan mula dirobohkan.
Bagaimanapun, katanya, tindakan itu berjaya dihalang oleh peguamnya.
"Saya reda dengan tindakan sita ini tetapi saya akan failkan saman bagi menghalang mereka teruskan tindakan ini. Tindakan menyita resort saya ini juga tidak akan lemahkan semangat saya untuk terus bangkitkan isu rakyat," katanya.
Semalam, Jamal bertindak memakai tuala sambil membawa membawa gayung, sabun dan berus gigi ke bangunan SUK di sini, sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berikutan ketiadaan bekalan air di Selangor.
Katanya, beliau ingin 'menumpang mandi' di pejabat Menteri Besar dan terpaksa berbuat demikian kerana kediamannya terputus bekalan air sejak tiga hari lalu.
Sementara itu, Yang Dipertua MDSB Azlinda Azman berkata notis perintah penyitaan itu dikeluarkan berikutan Jamal telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada Pihak Berkuasa Melesen mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 38 UUK Hotel (Majlis Daerah Sabak Bernam) 2013.
Beliau berkata Jamal gagal mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam permohonannya untuk memiliki Sijil Layak Menduduki (CCC) dan sehingga kini masih gagal memberi penjelasan sewajarnya walaupun telah diberikan tempoh.
"Beliau perlu memiliki CCC untuk beroperasi dan selagi tiada CCC resortnya tidak boleh beroperasi. Beliau ada mohon tetapi permohonannya tidak lengkap...kita sudah beri masa enam bulan malah kita lanjutkan masa tetapi beliau masih gagal memberi penjelasan.
"Justeru, mesyuarat pada 19 Dis lepas kita putuskan untuk ambil tindakan (penyitaan)," katanya sambil menegaskan tindakan penyitaan itu tiada kaitan dengan tindakan Jamal melakukan protes di bangunan SUK semalam.
Mengenai tindakan perobohan struktur bangunan di resort berkenaan, Azlinda berkata ia tidak dilakukan oleh pihak MDSB sebaliknya dilakukan oleh pihak Jabatan Tanah daerah. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 22 2016
![Resort milik Jamal disita MDSB Resort milik Jamal disita MDSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41482414920_JamalYunos.jpg)
Jamal berkata beliau juga dimaklumkan bahawa MDSB telah diarahkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya mengambil tindakan segera dengan menyita resort miliknya. - Foto Facebook Jamal Yunos
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710823527_TBSAMANKJJAMAL.jpg)
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
![Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81527388899_JamalYunos.jpg)
Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak
Jamal ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.
![Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653915389_BekasMenteriBesar.jpg)
Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
![PRU15: Jamal Yunos buat laporan polis poster fitnah tular PRU15: Jamal Yunos buat laporan polis poster fitnah tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667831477_JamalMdYunos.jpg)
PRU15: Jamal Yunos buat laporan polis poster fitnah tular
Calon BN Sungai Besar PRU15, Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung poster papan iklan yang digunakan dalam kempen PRK Sungai Besar pada 2016.
![Jamal Yunos gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin Jamal Yunos gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660124710_TBjamalyunos.jpg)
Jamal Yunos gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin
Panel tiga hakim menolak permohonan Jamal, mengatakan bahawa mahkamah tertinggi itu tidak bersetuju dengan hujah peguam V. Mugunthan bahawa kebenaran merayu didengar atas meritnya.
![BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659319387_TengkuZafrulAhmad.jpg)
BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.
![Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653613030_Jamal.jpg)
Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos
UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.
![Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614654571_TBYEOJAMALx.jpg)
Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.
![Jamal Yunos mengaku tidak bersalah tinggalkan negara secara haram Jamal Yunos mengaku tidak bersalah tinggalkan negara secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71533029908_TBjamalxjp.jpg)
Jamal Yunos mengaku tidak bersalah tinggalkan negara secara haram
Mengikut pertuduhan, Datuk Seri Jamal Md Yunos didakwa tanpa sebab yang munasabah telah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan yang dibenarkan.
![Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536823568_JamalMdYunos.jpg)
Jamal mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, sebentar tadi.