KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) perlu mengatasi sekutunya, Israel untuk menghormati kehendak masyarakat antarabangsa dengan mematuhi gencatan senjata dan membenarkan kemasukan segera bantuan kecemasan secara besar-besaran, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Malaysia, kata Perdana Menteri, dalam istilah paling kukuh menyokong resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru gencatan senjata segera di Gaza, pembebasan semua tebusan dan kemasukan bantuan segera di wilayah itu.

Menurut Anwar, resolusi yang mengikat itu perlu dikuatkuasakan sekarang dengan mengambil kira bulan Ramadan yang bertujuan melahirkan renungan dan pembaharuan iman serta kembali kepada keluarga.

"Kita mesti segera melegakan penduduk Gaza daripada kesakitan yang amat sangat dan penderitaan yang kini mereka alami selama hampir enam bulan.

"Kami memuji keberanian dan komitmen terhadap kemanusiaan sepuluh negara yang dipilih ahli majlis, Algeria, Guyana, Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique, Sierra Leone, Slovenia, Korea Selatan dan Switzerland," kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.

Kata Anwar, Malaysia kekal komited kepada perjuangan Palestin dan akan diteruskan usaha untuk penubuhan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat Palestin, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai sempadannya serta kemasukan Palestin sebagai ahli penuh PBB.

Pada Isnin, buat pertama kali sejak Perang Gaza tercetus lebih lima bulan lalu, Majlis Keselamatan PBB akhirnya sebulat suara mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata di wilayah terkepung itu.

AS yang sebelum ini berulang kali menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi yang bertujuan memberi tekanan kepada sekutu kuatnya, Israel akhirnya mengambil pendirian berkecuali, manakala 14 negara anggota tetap Majlis Keselamatan itu sepakat menyokong draf tersebut.