GOMBAK: Aliran trafik di lebuh raya dekat Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur masih dilihat bergerak lancar dan terkawal, setakat petang ini.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari'at berkata, berdasarkan semakan dengan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, pergerakan kenderaan untuk merentas negeri di lebuh raya utama di negeri ini dijangka meningkat 15 hingga 20 peratus pada hujung minggu ini.
“Kerajaan telah membenarkan rentas negeri dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin (11 Oktober).
“Jadi hari ini kita menjangkakan ada pergerakan yang agak besar seperti elemen-elemen JSPT yang saya gerakkan di Negeri Selangor, sehingga jam sekarang (petang), pergerakan atau aliran trafik di seluruh Negeri Selangor di laluan dan lebuh raya utama berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azman berkata pemeriksaan secara rambang turut dilakukan oleh pasukan JSPT Selangor terhadap pengguna jalan raya bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Tambah beliau, pihaknya akan turut mengadakan pemeriksaan rawak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) sekitar negeri ini.
“Pemeriksaan rambang kita buat dan setakat ini semua yang bergerak memang telah divaksin dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya yang mahu merentas negeri sama ada untuk pulang ke kampung halaman atau tujuan pelancongan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan.
Kerajaan pada Ahad lalu bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat kuasa 11 Oktober.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.
Sebelum ini media melaporkan, lebih 50,000 kenderaan perantau dan pelancong domestik dijangka merentas negeri masuk ke Kelantan menjelang hujung minggu ini.
Hasimi Muhamad
Fri Oct 15 2021
![Rentas negeri: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak masih lancar Rentas negeri: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak masih lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634294909_PlazaTolGombak.jpg)
PDRM menasihatkan pengguna jalan raya yang mahu merentas negeri sama ada untuk pulang ke kampung halaman atau tujuan pelancongan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655019577_TBDURIAN.jpg)
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
![Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636547828_NoorHishamAbdullah.jpg)
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
![Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk, kata netizen Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk, kata netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615976836_950x600.jpg)
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
![Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41635903818_MasyarakatIndia.jpg)
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
![Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634877400_pulautuba.jpg)
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
![Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621945989_ParentsHandKids.jpg)
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
![27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari 27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634808874_TBBUKITBENDERA.jpg)
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
![Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71586934249_muar.jpg)
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
![Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634641772_PlazaTolJalanDuta.jpg)
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
![Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000 Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627986461_SJRKuantan.jpg)
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.