AMPANG JAYA: Tempoh reman ke atas pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah dua minggu lalu, dilanjutkan tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lanjutan tahanan reman sehingga 17 Januari depan terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya, pada Selasa.
"Polis membuat permohonan lanjutan tempoh reman itu bagi membantu siasatan lanjut ke atas pasangan itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Menurut Mohamad Farouk, reman ke atas pasangan suami isteri berusia 30 dan 33 tahun itu tamat pada Selasa.
Pasangan itu diberkas di sebuah taman perumahan di Taman Serdang, Kedah pada 3 Januari lalu.
Setakat ini kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan rasa cemburu suspek lelaki terhadap mangsa.
Pada 29 Disember lalu, media melaporkan mangsa berusia 28 tahun maut selepas satu bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya meletup dalam kejadian di hadapan sebuah restoran yang merupakan tempat kerjanya.
Siasatan awal mendapati mangsa telah melihat satu bungkusan berada di bonet keretanya jenis Toyota Corolla Altis dan memegangnya sebelum meletup.
Letupan itu mengakibatkan mangsa parah di badan dan tangan sebelum dikejarkan oleh orang awam ke Hospital Ampang dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Umavathi Ramayah
Tue Jan 10 2023
![Reman suami isteri kes letupan di Pandan Indah disambung 7 hari lagi Reman suami isteri kes letupan di Pandan Indah disambung 7 hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673352242_KetuaPolisDaerahA.jpg)
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lanjutan tahanan reman sehingga 17 Januari depan terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya, pada Selasa. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
![Kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi mayat ditemukan, sebahagian proses siasatan Kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi mayat ditemukan, sebahagian proses siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711881044_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi mayat ditemukan, sebahagian proses siasatan
Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di lokasi mayat kanak-kanak autism itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.
![Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung - Polis Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717737630_KesZaynRayyan.jpg)
Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung - Polis
Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.
![Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679908099_kidsabuse.jpg)
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu
![Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685328213_TBbunuh.jpg)
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Reman suami isteri kes letupan di Pandan Indah disambung 7 hari lagi Reman suami isteri kes letupan di Pandan Indah disambung 7 hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673352242_KetuaPolisDaerahA.jpg)
Reman suami isteri kes letupan di Pandan Indah disambung 7 hari lagi
Tempoh reman ke atas pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah dilanjutkan tujuh hari lagi.
![Reman setiausaha politik menteri disambung Reman setiausaha politik menteri disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507015590_SPRMseleweng.jpg)
Reman setiausaha politik menteri disambung
Tempoh reman enam hari Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin, bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada