Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman seorang pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, disambung dua hari mulai esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tahanan reman itu dilanjutkan sehingga Ahad selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.
Lelaki berusia 44 tahun bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman empat hari sejak Selasa sehingga hari ini.
Beliau ditahan pada Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan.
Beliau yang berpakaian lokap SPRM berwarna oren dibawa ke Mahkamah Majistret pada kira-kira 10.50 pagi sebelum dibawa keluar pada 12.15 tengah hari selepas prosiding berakhir.
Peguam yang mewakili beliau, Ridha Abdah Subri, turut hadir di mahkamah hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.
SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 13 2018
![Reman pegawai khas Najib disambung sehingga Ahad Reman pegawai khas Najib disambung sehingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530004789_handcuff.jpg)
SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu bagi membantu siasatan berkenaan. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712718086_SitiNurhalizaDatu.jpg)
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
![SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/51533113657_BajuLokap.jpg)
SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
![Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik' Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705898252_TBdatuk.jpg)
Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan.
![Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701228939_TBDATUKSINDIKETD.jpg)
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
![Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697869871_tbDatuk.jpg)
Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.
![Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686628870_JautehDikun.jpg)
Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu.
![Datuk tidak mengaku tipu pembelian pesawat, helikopter Datuk tidak mengaku tipu pembelian pesawat, helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Datuk tidak mengaku tipu pembelian pesawat, helikopter
Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menipu dan memasuki perjanjian pinjaman untuk menjalankan perniagaan penyewaan.
![Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663762621_SPRMMDBrasuah.jpg)
Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM
Bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.
![Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666262851_NikahGeneric.jpg)
Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah
Kedatangan pasangan dari Malaysia menunjukkan trend peningkatan terutama orang kenamaan bergelar Datuk.
![Penghibur legenda Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk Penghibur legenda Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659341460_DarjahInderaMahkot.jpg)
Penghibur legenda Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk
Penganugerahan itu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.