SEREMBAN: Lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, Port Dickson, yang mayat mangsa ditemukan pada 18 Feb lalu, disambung reman selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata perintah sambung reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seremban, Loh Xian Yi, hari ini.
Tempoh reman seminggu sebelum ini tamat hari ini.
"Kesemua mereka tiada dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya, dalam kenyataan, di sini.
Mayat mangsa lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap serta kedua-dua kaki dan tangan diikat dengan tali di kebun tersebut, dipercayai dibunuh bermotifkan dendam.
Polis kemudiannya menahan empat lelaki berkenaan di Shah Alam, Selangor manakala seorang lagi ditahan di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur pada 19 Feb dengan siasatan awal mendapati beberapa suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata perintah sambung reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seremban, Loh Xian Yi, hari ini. - BERNAMA
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Lelaki warga asing dibunuh rakan senegara dalam pergaduhan
Mangsa yang berusia 36 tahun ditemui dengan kesan tujuh kesan tikaman di bahagian dada dan satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri.

Lelaki warga Myanmar maut lori jatuh gaung
Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam gaung kira-kira 20 meter di kawasan pembalakan Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan pada Sabtu.

Reman lima suspek warga Myanmar bunuh pemilik kebun buah naga disambung seminggu
Lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, disambung reman selama seminggu.

Warga Myanmar ditemui mati berlumuran darah
Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan.

Budak 2 tahun maut kepala terkena kipas siling
Dalam kejadian pada 10 malam Ahad lalu, lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ketika itu didakwa sedang bermain dengan anak saudaranya.